SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) dijangka dibubarkan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) tahun depan selepas parti tersebut menerima 'lampu hijau' untuk kira-kira 80,000 ahli menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) secara serentak.
Timbalan Presiden I PSB Dr Johnical Rayong Ngipa berkata perkara tersebut dimaklumkan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh kepada beliau pada Ahad dan mereka akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu bagi mengetahui prosedur pembubarannya.
Beliau berkata proses seterusnya diikuti mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membubarkan PSB manakala PDP juga akan mengadakan EGM untuk menerima kemasukan bekas ahli-ahli parti tersebut.
"Kami rancang untuk bubar PSB, iaitu kami akan berada di bawah payung besar PDP dan sudah tentunya akan menjadi sebahagian daripada GPS (Gabungan Parti Sarawak)," katanya kepada media pada majlis sambutan Pra-Krismas dan Tahun Baharu 2024 PDP di sini, Ahad malam.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 2021, PSB bertanding sebagai parti pembangkang dan hanya mampu memenangi empat daripada 82 kerusi yang dipertandingkan, menerusi Soon Koh di Bawang Assan, Dr Rayong (Engkili), Baru Bian (Ba Kelalan) dan See Chee How (Batu Lintang).
Pada Ogos tahun lepas, See telah bertindak keluar dari PSB dan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bebas dalam DUN Sarawak.
Pada 13 Julai lepas, PDP yang diwakili Presidennya Datuk Seri Tiong King Sing dan Soon Koh yang mewakili PSB telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi menjalin kerjasama untuk melihat kemakmuran dan kestabilan politik dalam negara.
Selain PDP, GPS yang merupakan gabungan parti tempatan Sarawak turut melibatkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Dr Rayong berkata langkah menyertai PDP adalah tanpa syarat dengan hasrat untuk sama-sama memainkan peranan membangun dan memajukan Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.
"Kami lupakan latar belakang politik dan ideologi. Kami bergabung dalam satu parti dan menyokong kepimpinan Premier (Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan seterusnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di peringkat Persekutuan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023
![PSB dijangka dibubar sebelum Tahun Baharu Cina 2024 - Timbalan Presiden PSB dijangka dibubar sebelum Tahun Baharu Cina 2024 - Timbalan Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703474525_TBPSBx.jpg)
Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 pada 2021, PSB bertanding sebagai parti pembangkang dan hanya mampu memenangi empat daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![PSB dijangka dibubar sebelum Tahun Baharu Cina 2024 - Timbalan Presiden PSB dijangka dibubar sebelum Tahun Baharu Cina 2024 - Timbalan Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703474525_TBPSBx.jpg)
PSB dijangka dibubar sebelum Tahun Baharu Cina 2024 - Timbalan Presiden
Rayong berkata, mereka akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu bagi mengetahui prosedur pembubarannya.
![MoU PDP-PSB tiada kaitan dengan GPS - Abang Johari MoU PDP-PSB tiada kaitan dengan GPS - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684393221_TBABGJO.jpg)
MoU PDP-PSB tiada kaitan dengan GPS - Abang Johari
Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) semalam tidak secara rasmi melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
![PRU15: PSB sasar bertanding tidak lebih 10 kerusi PRU15: PSB sasar bertanding tidak lebih 10 kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661595732_TBwongsoonkoh.jpg)
PRU15: PSB sasar bertanding tidak lebih 10 kerusi
Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyasarkan tidak lebih 10 kerusi parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660447893_SeeCheeHow.jpg)
See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How sah meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa Jumaat lalu menjadikan beliau satu-satunya ADUN bebas di Sarawak.
![Pembangkang Sarawak masih goyah berbanding GPS - Penganalisis Politik Pembangkang Sarawak masih goyah berbanding GPS - Penganalisis Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652079570_DrJeniriAmir.jpg)
Pembangkang Sarawak masih goyah berbanding GPS - Penganalisis Politik
Blok pembangkang di Sarawak dilihat masih goyah walaupun terdapat kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).
![PSB, PBK akan meterai MoU, fokus pembahagian kerusi menjelang PRU15 PSB, PBK akan meterai MoU, fokus pembahagian kerusi menjelang PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651998604_PBKPSB.jpg)
PSB, PBK akan meterai MoU, fokus pembahagian kerusi menjelang PRU15
PSB dan PBK akan menandatangani memorandum persefahamanan (MOU) bagi memfokuskan pembahagian kerusi di antara kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRN Sarawak: Kesepakatan dengan PSB gagal, DAP umum dua lagi calon PRN Sarawak: Kesepakatan dengan PSB gagal, DAP umum dua lagi calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638529381_TBDAPSARAWAK.jpg)
PRN Sarawak: Kesepakatan dengan PSB gagal, DAP umum dua lagi calon
Chong Chieng Jen sehingga ke saat ini, tiada kata putus daripada PSB untuk bekerjasama dalam agihan kerusi pada PRN12 Sarawak.
![PRN Sarawak: 'Tiada parti politik mahu menjadi pembangkang selamanya' - Chieng Jen PRN Sarawak: 'Tiada parti politik mahu menjadi pembangkang selamanya' - Chieng Jen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51638101652_WongSoonKoh.jpg)
PRN Sarawak: 'Tiada parti politik mahu menjadi pembangkang selamanya' - Chieng Jen
Chong Chieng Jen berkata, tiada parti pembangkang mahu menjadi pembangkang selamanya, tetapi semua pihak perlu berpijak di bumi yang nyata.
![PRN Sarawak: Bekas pemimpin dan anggota PSB bertanding atas tiket bebas PRN Sarawak: Bekas pemimpin dan anggota PSB bertanding atas tiket bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606494521_TBPSBx.jpg)
PRN Sarawak: Bekas pemimpin dan anggota PSB bertanding atas tiket bebas
Dua bekas pemimpin dan seorang anggota Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini memaklumkan, mereka akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) pada 18 Dis depan.
![PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636088659_PKRSarawak.jpg)
PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak
Permintaan agihan kerusi yang bertindih jadi punca rundingan PH dan PSB di Sarawak tergendala buat masa ini.