MALAYSIA
PSKL2040 tetapkan komposisi Melayu, bumiputera kekal tidak kurang 40 peratus

Dr Zaliha berkata antara strategi yang sedang diteroka ialah memastikan Rumah Mampu Milik Melayu, Kedai Mampu Milik Melayu dan Perindustrian Ringan Mampu Milik Melayu diperkenalkan bagi setiap pembangunan di Tanah Rizab Melayu.
KUALA LUMPUR: Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) telah menetapkan strategi untuk mengekalkan komposisi kaum Melayu dan Bumiputera di ibu negara supaya tidak kurang daripada 40 peratus.
Ringkasan AI
- PSKL2040 menetapkan strategi untuk mengekalkan komposisi kaum Melayu dan Bumiputera di Kuala Lumpur sekurang-kurangnya 40 peratus, termasuk cadangan memperkenalkan Rumah, Kedai dan Perindustrian Ringan Mampu Milik Melayu di Tanah Rizab Melayu dan Penempatan Pertanian Melayu.
- Kuota pemilikan Bumiputera ditingkatkan kepada minimum 40 peratus bagi projek persendirian dan 70 peratus bagi projek kerajaan atau usaha sama, manakala pemilikan di tanah rizab Melayu mesti kekal 100 peratus kepada kaum Melayu.
- Cadangan ini masih di peringkat kajian awal dan perlu mendapat pertimbangan Jemaah Menteri sebelum dilaksanakan bagi mengekalkan identiti dan kesinambungan komuniti Melayu di ibu negara.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) mengenai pelan jangka panjang kerajaan dalam mengekalkan identiti, pemilikan dan kesinambungan komuniti Melayu di tengah bandar khususnya di Kuala Lumpur yang mengalami tekanan pembangunan swasta.
Bagi memastikan pengekalan komuniti Melayu di Kuala Lumpur, Dr Zaliha berkata penetapan peratusan kuota bumiputera telah dipertingkatkan sejak 2023 iaitu minimum 40 peratus bagi projek persendirian dan minimum 70 peratus bagi projek kerajaan atau usaha sama.
Kuota itu, katanya telah ditetapkan ke atas semua kelulusan perancangan tanpa mengambil kira lokasi yang tertakluk kepada bentuk pembangunan.
"Bagi rizab Melayu pula, pematuhan pemilikan sepenuhnya 100 peratus mestilah kepada kaum Melayu tanpa sebarang kompromi," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami