SHAH ALAM: Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) hari ini menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai wakil untuk sebarang urusan urus niaga hartanah di negeri itu.
PTGS dalam kenyataan memaklumkan ia susulan pihaknya mengesan terdapat cubaan penipuan urus niaga tanah dengan memperdaya orang ramai menggunakan nama PTGS dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Selangor sehingga melibatkan nama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
"Modus operandi yang digunakan ialah dengan menyamar sebagai orang yang dilantik berurusan dengan PTGS dan mana-mana PDT. Pihak terbabit juga mengeluarkan notis untuk menjual hartanah dan telah memalsukan tandatangan pada notis tersebut.
"Terdapat juga pihak yang menggunakan nama pegawai kanan dan tertinggi PTGS dan PDT yang masih berkhidmat dan telah berpencen dengan memberikan maklumat dan janji-janji palsu bagi urusan jual beli tanah," menurut kenyataan itu.
Susulan itu, PTGS memaklumkan pihaknya telah membuat laporan polis bagi kes-kes yang dikenal pasti agar tindakan tegas boleh diambil selain menasihatkan orang ramai mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak ditipu antaranya memastikan kewujudan tanah melalui daftar pelan yang sah dan membuat semakan berkaitan pemilikan melalui carian PDT berkaitan atau di jabatannya.
Selain itu, orang ramai turut diminta membuat semakan sekatan kepentingan seperti kebenaran hak milik, kaveat dan cagaran atau gadaian dan memastikan wakil mempunyai surat kuasa wakil yang sah serta mewujudkan perjanjian jual beli dan menggunakan khidmat peguam yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Ada cubaan penipuan dengan menggunakan nama PTGS dan Pejabat Daerah dan Tanah di Selangor sehingga melibatkan nama Menteri Besar.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
PTGS tidak pernah lantik wakil bagi urus niaga hartanah di Selangor
Ada cubaan penipuan dengan menggunakan nama PTGS dan Pejabat Daerah dan Tanah di Selangor sehingga melibatkan nama Menteri Besar.