BANGI: Pasangan suami isteri yang tular dalam video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun didera menggunakan penyangkut baju dan penyapu, masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Rabu.
Pengasas kosmetik, Amira Hamzah, 28, manakala suaminya, pemandu lori, Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.
Mahkamah turut memerintahkan wanita tempatan dan suaminya yang juga warga Singapura itu dipenjara 12 bulan, jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan, telah menganiaya sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Eco Majestic, Hulu Langat pada April dan jam 1.25 tengah hari, 18 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara bagi tempoh maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, seorang pengadu yang juga pekerja kepada Amira melihat majikannya itu memukul kanak-kanak berkenaan dengan menggunakan penyangkut baju dan batang kayu penyapu.
Pengadu memaklumkan kejadian itu kepada ibu mentua Amira, namun tidak diendahkan malah dia dimarahi oleh wanita itu.
Hasil siasatan polis mendapati, mangsa dipukul oleh Amira yang digelar ‘mummy’ di beberapa anggota badan.
Ia disahkan oleh dua doktor di Hospital Kajang yang mana kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak malang itu selari dengan laporan polis yang dibuat oleh pengadu.
Semasa prosiding, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana mengalami masalah kewangan sejak tahun lalu.
"Kami minta maaf, tiada niat untuk mendera, kami cuma pukul sebab nak pastikan dia makan, kami takut dia mengalami masalah kurang zat makanan," kata Amira.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman denda dan penjara yang maksimum sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.
Menurutnya, tertuduh sebagai penjaga didapati melakukan perbuatan yang zalim sehingga menyebabkan kecederaan di badan, tangan dan kaki mangsa, malah ia berterusan sejak April lalu.
"Kanak-kanak itu masih kecil tapi mereka menggunakan alasan memukul hanya kerana isu remeh iaitu enggan makan nasi.
"Saya percaya kejadian itu akan menyebabkan mangsa mengalami trauma seumur hidupnya," katanya.
Sebelum ini, tular video berdurasi 27 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipukul menggunakan penyangkut baju, penyapu dan dicucuh pemetik api hanya kerana enggan makan nasi.
Polis kemudiannya menahan pasangan suami isteri berkenaan di kediaman mereka di Beranang Jumaat lalu.
Siasatan mendapati kanak-kanak itu merupakan anak kepada seorang wanita warga Indonesia dan kelahirannya tidak didaftarkan serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Dalam pada itu, Muhammad Fitri juga didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh mahkamah sama selepas didapati tinggal lebih tempoh dibenarkan di Malaysia pada jam 2.30 pagi, 22 Julai lalu.
Dia boleh dihukum bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan Seksyen 15 (4) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 27 2022
Amira (kiri) dan suaminya, Muhammad Fitri Jasmani dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.