AYER KEROH: Seorang duda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya kerana ingin membawa anak mereka ke sebuah klinik di Taman Cempaka, tahun lalu.
Tertuduh, Syazwan Izzuddin Samsudin, 30, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Norfarhana Azlin Azman, 24, yang ketika itu merupakan isterinya dengan cara memukul mangsa menggunakan tangan di bahagian kiri muka, lengan, leher dan badan.
Kesalahan itu dilakukan di kaki lima hadapan pintu masuk Klinik Famili Taman Cempaka dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira pukul 10 malam pada 14 Ogos 2022.
Justeru, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mengikut fakta kes, kejadian berpunca susulan berlaku salah faham antara tertuduh dengan mangsa kerana berebutkan anak mereka yang ketika itu berusia tujuh bulan.
Difahamkan bayi tersebut tidak sihat dan tertuduh ingin membawanya ke klinik, namun dihalang oleh mangsa.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar.
Tertuduh diwakili peguam Haslinda Abu Bakar.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jun 01 2023

Syazwan Izzuddin dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan. - Foto Astro AWANI

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini, mengalami kebakaran dalam kejadian jam 6 petang tadi.

Banjir di Baling pulih, dua PPS ditutup
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak malam tadi akan ditutup pada 7 malam ini.
AWANI Borneo [22/09/2023] - Dua PPS dibuka | Inflasi Sarawak 3.4% | SIE 2023
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
1. Jumlah mangsa banjir di Limbang meningkat, dua PPS dibuka
2. Inflasi Sarawak 3.4 peratus, tertinggi di Malaysia
3. Kazakhstan berminat perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
1. Jumlah mangsa banjir di Limbang meningkat, dua PPS dibuka
2. Inflasi Sarawak 3.4 peratus, tertinggi di Malaysia
3. Kazakhstan berminat perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Banjir kilat di beberapa negeri susulan fasa peralihan monsun
Banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri ketika ini disebabkan hujan lebat yang lebih kerap berlaku susulan negara memasuki fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga November.
Kazakhstan mahu perkukuh kerjasama perdagangan dengan Sabah
Kazakhstan berhasrat menjadi sebahagian daripada pertumbuhan perdagangan antarabangsa di Sabah melalui pelbagai bidang dan kepakaran termasuk infrastruktur, kewangan, pelancongan dan sekuriti makanan.
Jawatankuasa khas bincang kerjasama PBS dan STAR
Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, sebelum sebarang kerjasama dimeterai kedua-dua parti untuk idea membentuk gabungan berkenaan, pihaknya perlu mengambil kira pandangan perwakilan terlebih dahulu.
JKR Sarawak ambil langkah segera tangani tanah mendap dI Jambatan Sungai Musah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jambatan itu berada di laluan jalan negeri dan beliau telah berhubung dengan JKR Sarawak bagi memastikan kelancaran tindak balas.

MIC jalin kerjasama dengan Makkal Sakti perkukuh hala tuju kaum India
MIC akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Makkal Sakti, bagi memperkukuhkan hala tuju serta menangani isu berkaitan kaum India di negara ini.
MOSTI teroka peluang kerjasama dengan Sarawak
Menteri MOSTI, Chang Lih Kang berkata, dari segi teknologi hidrogen dan ekonomi, Sarawak mempunyai prestasi yang cemerlang untuk dijadikan rujukan.
Rombongan MOSTI rasai pengalaman naik ART
Delegasi MOSTI berpeluang menaiki Transit Aliran Autonomi (ART), kenderaan tanpa pemandu dan dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen yang pertama di Malaysia.

Pukul bekas isteri kerana berebut anak, duda didenda RM1,000
Seorang duda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya kerana ingin membawa anak mereka ke sebuah klinik di Taman Cempaka, tahun lalu.