AYER KEROH: Seorang peniaga lemang didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memukul pelanggannya selepas dikatakan tidak berpuas hati dituduh menjual juadah mentah.
Tertuduh, Syamudin Salleh, 41, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Shamuddin Jaamat, 62, kira-kira pukul 8 malam di Gerai Lemang Pak Din, di Jalan Bukit Beruang dalam daerah Melaka Tengah pada 21 April 2023 lalu.
Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha memohon hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira faktor mangsa yang merupakan warga emas telah mengalami kecederaan pada tangan dan telinga kirinya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukumannya diringankan dengan alasan telah menyesali perbuatannya.
Tertuduh turut mengakui tindakan itu didorong oleh perasaan marah apabila mangsa mencetuskan provokasi menuduhnya menjual lemang mentah.
Mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda sebanyak RM500 atau penjara dua bulan jika gagal berbuat demikian.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang peniaga lemang selepas tular klip videonya memukul pelanggan menggunakan buluh sehingga menyebabkan kecederaan.
Kejadian dipercayai berlaku pada malam raya itu dikatakan berpunca selepas tertuduh tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menuduhnya menjual juadah yang tidak masak.
Dalam kejadian itu, berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek turut bertindak memukul mangsa menggunakan buluh lemang.
Shuhada Abdul Kadir
Tue May 30 2023
Tertuduh, Syamudin Salleh dijatuhi didenda RM500 selepas membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya. - Foto Astro AWANI
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Pukul pelanggan dengan buluh, peniaga lemang didenda RM500
Seorang peniaga lemang didenda RM500 atas pertuduhan memukul pelanggannya selepas dikatakan tidak berpuas hati dituduh menjual juadah mentah.
'Kelongsong kecil, macam mana tupai berak dalam tu?' - Peniaga dakwa periuk kera selamat
Beliau turut membantah dakwaan mengatakan kelongsong periuk kera menjadi tempat haiwan seperti tupai dan kelawar membuang najis.