BUKIT GANTANG: Agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah perlu segera memulangkan semula wang yang telah dibayar bakal umrah yang terkandas akibat pendemik COVID-19 tahun lalu susulan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata bagaimanapun, bayaran pulangan tidak semestinya 100 peratus kerana mengambil kira kos pengurusan yang telah dibayar kepada pihak ketiga.
"Pembatalan itu bukan disebabkan salah mereka namun SOP yang ditetapkan oleh Arab Saudi. Agensi atau syarikat terbabit menerima wang mereka ini, dapat membuat pembayaran semula kepada jemaah yang tidak dapat menunaikan umrah," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian Musaadah Banjir Sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan di Jalan Kuala Sepetang dekat Matang di sini hari ini.
Sebelum ini kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat umur 18 hingga 60 tahun, berikutan itu ramai bakal umrah berusia lebih 60 tahun di Malaysia yang telah mendaftar tahun lalu, tidak dapat menunaikan ibadah umrah biarpun pembayaran telah dibuat.
Idris berkata agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah dinasihatkan memahami konsep muamalat atau bertolak ansur dalam Islam.
Menurutnya, bagi agensi atau syarikat pelancongan yang culas atau enggan membayar semula wang jemaah tersebut, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) disaran campurtangan dalam soal tuntutan dan tindakan berikutan agensi atau syarikat pelancongan terletak di bawah bidang kuasa mereka.
Ditanya mengenai SOP umrah oleh kerajaan Malaysia, Idris menegaskan ia akan diumum tidak lama lagi.
"Kami telah mesyuarat semalam namun saya tidak dapat mengumumkannya kerana ia melibatkan dasar. Insya-Allah perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.
Dalam pada itu, Idris berkata mana-mana pegawai yang didapati melakukan penyelewengan di 14 agensi di bawah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri akan dipecat serta-merta.
Jelasnya, tindakan tegas itu diambil kerana pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang tidak amanah dan tidak berintegriti dalam menjalankan tugas bagi membantu umat Islam malahan pegawai yang terbabit dengan penyelewengan dan amanah tidak perlu disimpan.
"Semua 14 agensi di bawah saya akan bertemu pada setiap Isnin bagi melaporkan apa yang mereka laksanakan. Saya telah melantik seorang pegawai untuk mengendalikan pemantauan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di setiap agensi dan KPI 100 hari kementerian," katanya.
Terdahulu, Idris berkata bantuan sebanyak RM50,000 dari Yayasan Taqwa kepada sekolah itu bagi meringankan beban yang mereka hadapi akibat banjir pada 18 hingga 2O Ogos lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
Idris berkata agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah dinasihatkan memahami konsep muamalat atau bertolak ansur dalam Islam. - Gambar fail/BERNAMA
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Cetakan senaskhah al-Quran bukan RM500 - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500.
'Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad
Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.
Zahid bimbang prestasi PRK Johor berulang seperti PRN - Idris
Kenyataan Ahmad Zahid seolah-olah bimbang bahawa keputusan PRK di Johor akan memperlihatkan prestasi sama seperti PRN di enam negeri.
Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad
Katanya, pihak yang memperalatkan agama ialah mereka yang meletakkan sesuatu perkara halal sebagai haram dan begitu juga sebaliknya.
Pertemuan Hadi-Tun M: Pas nafi mahu tinggalkan Bersatu - Idris
Pas menafikan dakwaan pertemuan yang berlangsung antara Presiden Pas dengan Dr Mahathir sebagai langkah untuk meninggalkan Bersatu.
'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris
Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.
'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad
Ia terlihat selepas terbubarnya Parlimen dan mereka di negeri-negeri ditadbir Pas khususnya, menunjukkan sokongan kepada PN.
PRU15: Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor
Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali digugurkan daripada senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dokumen inisiatif lelaki Qawwam dilancar, perkasa kepimpinan golongan lelaki
Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ) dilancarkan hari ini bagi memperkasakan golongan lelaki dengan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan sosial.