awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shuib didenda RM10,000 promosi vape
'Pirate Queen: Zheng Yi Sao' jadi filem AI generatif pertama di pawagam Malaysia
Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulang dari Abu Dhabi, Agong jalani kuarantin kendiri tujuh hari

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2020
07:49 MYT
Pulang dari Abu Dhabi, Agong jalani kuarantin kendiri tujuh hari
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipakaikan gelang kuarantin serta akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari selepas selesai lawatan khas lima hari baginda ke Abu Dhabi. -Foto Instagram @istana_negara.
KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas selesai lawatan khas lima hari baginda ke Abu Dhabi yang berakhir semalam.
Baginda berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada pukul 11 pagi Sabtu.
Sejurus tiba, Al-Sultan Abdullah menjalani ujian saringan COVID-19 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berdasarkan ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh KKM.
Baginda turut menjalani ujian saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Selepas saringan COVID-19 di Kompleks Bunga Raya, baginda turut berkenan memakai gelang kuarantin dan akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari seperti yang ditetapkan oleh KKM.
Anggota delegasi yang turut serta dalam lawatan itu pula akan menjalani kuarantin diri di lokasi yang telah ditetapkan oleh KKM.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
Lawatan lima hari baginda turut diisi dengan aktiviti pemburuan houbara bustard dengan mengunakan burung falcon bersama Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di ladang beliau di bahagian barat UAE semalam.
Perkongsian di Instagram Istana Negara menujukkan foto-foto Sultan Abdullah menyertai aktiviti pemburuan tersebut dengan menaiki kereta yang dipandu Sheikh Mohamed merentasi padang pasir.
Pemburuan mengunakan burung falcon adalah sukan tradisi rakyat UAE yang dilakukan di padang pasir.
Lawatan khas ini adalah di atas persilaan Sheikh Mohamed yang juga merupakan rakan akrab Yang di-Pertuan Agong yang terjalin sejak lebih 40 tahun lalu.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#kuarantin
#Abu Dhabi
#lawatan
#lima hari
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan