GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata Jabatan Kewangan Negeri akan meneliti dan mengkaji terlebih dahulu khususnya mengenai penambahan perbelanjaan atau emolumen sebelum membuat sebarang keputusan.
"Kita perlu melihat keadaan kewangan setiap negeri. Memang kita perlu menyediakan bajet sekiranya dilaksanakan di peringkat negeri juga. Saya percaya akan menjadi cabaran kepada sesetengah negeri untuk menampung perbelanjaan tambahan ini," katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini dengan melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang disemak, kerajaan akan memastikan gaji minimum keseluruhan penjawat awam juga mencapai melebihi RM2,000 sebulan.
Sementara itu dalam perutusan sempena Hari Pekerja, Chow berkata kerajaan negeri akan menumpukan perhatian dalam usaha menjadikan Pulau Mutiara sebagai destinasi perdagangan antarabangsa terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor, bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi muda.
Dengan rekod prestasi negeri yang lebih kukuh dari segi dasar dan fasiliti pelaburan, beliau yakin negeri berkenaan yang juga dikenali sebagai Lembah Silikon Timur akan terus berpotensi menjadi destinasi pilihan pelabur berkualiti serta bernilai tinggi.
"Berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) bagi suku keempat 2023, Pulau Pinang mencatatkan kadar pengangguran dua peratus dan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) sebanyak 73.3 peratus sekali gus membuktikan masyarakat negeri ini merupakan golongan yang rajin berusaha serta optimis menambah baik taraf kehidupan masing-masing," katanya.
Tahun lepas, Pulau Pinang merekodkan aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion, tertinggi di Malaysia, selain memudah cara pelaburan sebanyak RM13.67 bilion serta lebih 14,000 peluang pekerjaan menerusi kerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Chow terlebih dahulu khususnya mengenai penambahan perbelanjaan atau emolumen sebelum membuat sebarang keputusan. - Gambar fail/Bernama
Jemaah muda jadikan Tanah Suci 'lubuk' cari pahala
Peluang menunaikan haji pada usia muda akan digunakan sebaiknya termasuk membantu jemaah lain yang memerlukan bantuan.
S&P 500: Latest update market performance
Niaga AWANI bringing you the latest updates and performance of the U.S. market.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 28 Mei 2024
Jumlah dagangan di Pasaran Utama menokok kepada 3.29 bilion unit bernilai RM3.33 bilion berbanding 3.28 bilion unit bernilai RM4.02 bilion yang dicatatkan pada Jumaat lepas.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 28 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berada pada kedudukan lebih kukuh pada hari semalam, seiring dengan prestasi mata wang serantau berbanding dolar AS.
Untung Bersih AMMB Holdings Bhd Meningkat 9.4% pada Tahun Kewangan 2024
AMMB Holdings Bhd telah mencatat peningkatan yang ketara dalam untung bersih bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2024. Keuntungan ini meningkat sebanyak 9.4% kepada RM1.87 bilion, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pendapatan bukan faedah (NOII). Walaupun begitu, hasil kumpulan secara keseluruhan mengalami sedikit susut kepada RM4.65 bilion berbanding RM4.71 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
Pendapatan Pharmaniaga naik 9.6% 1QFY24
Syarikat berstatus PN17 itu merekodkan pendapatan RM965.0 juta pada 1QFY24, meningkat sebanyak 9.6% berbanding suku sama setahun sebelumnya.
“T7 Global catat Peningkatan Keuntungan pada 1QFY24”
T7 Global Berhad, penyedia penyelesaian tenaga, telah mencatat untung bersih sebanyak RM4.6 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024, menunjukkan peningkatan sebanyak 8.9% berbanding setahun sebelumnya. Pendapatan T7 Global dalam suku tahun yang berakhir pada 31 Mac 2024 juga meningkat sebanyak 41.0% berbanding suku yang sama tahun lepas, mencapai jumlah sebanyak RM132.6 juta
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis | Keputusan SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
“Keuntungan KPJ Healthcare Meningkat 38% pada 1QFY24”
KPJ Healthcare Bhd mencatat peningkatan yang ketara dalam keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac 2024. Keuntungan ini meningkat sebanyak 38% kepada RM76 juta berbanding RM55 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Kumpulan KPJ Healthcare juga melaporkan hasil keseluruhan sebanyak RM908 juta, meningkat daripada RM815 juta pada tahun lalu. Peningkatan ini disokong oleh kehadiran pesakit dalaman yang meningkat kepada 91,039 orang daripada 88,036 orang
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.