awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang catat kerugian RM112.9 juta akibat jenayah siber - Polis

Bernama
Bernama
18/07/2025
15:30 MYT
Pulau Pinang catat kerugian RM112.9 juta akibat jenayah siber - Polis
Mohd Alwi berkata jumlah kerugian itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM42.9 juta berbanding RM70.1 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas. - Gambar hiasan/Bernama
GEORGE TOWN: Pulau Pinang merekodkan kerugian melebihi RM112.9 juta akibat jenayah siber membabitkan penipuan kewangan dalam talian bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata jumlah kerugian itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM42.9 juta berbanding RM70.1 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.
"Bagi tempoh Januari hingga semalam, polis Pulau Pinang berjaya melaksanakan lapan serbuan ke atas sindiket pusat panggilan dan menahan 75 individu termasuk 24 wanita, terdiri daripada 39 warga tempatan dan 36 warga asing," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.
Mohd Alwi turut menasihati orang ramai tidak mudah terperdaya dengan panggilan, mesej atau tawaran hebat, sebaliknya disaran menyemak dan membuat pengesahan dengan pihak berkuasa sebelum mengambil sebarang tindakan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Alwi berkata polis sedang mengenal pasti sindiket along yang dipercayai mengupah dua lelaki berusia 20-an, susulan penahanan mereka berhubung insiden kebakaran membabitkan tiga rumah teres di Tasek Gelugor dekat sini pada 24 Jun lepas.
Selain itu, polis giat memburu dua suspek melepaskan tembakan ke arah kereta pacuan empat roda dipandu seorang lelaki di hadapan sekolah rendah di Sungai Nyior, dekat sini pada 1 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#sindiket
#jenayah siber
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan