GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang mempunyai komorbid dan penyakit berisiko tinggi bermula esok.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Norlela Ariffin berkata, setakat ini hanya dua lokasi ditetapkan untuk pemberian vaksin kepada golongan itu.
Dua lokasi itu ialah Hospital Pulau Pinang (HPP) di bahagian pulau dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di bahagian Seberang Perai.
Bagaimanapun, Norlela berkata, pemberian vaksin untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai penyakit dan bukan kes komorbid, belum dimulakan.
Jelas Norlela, data Jabatan Perangkaan menunjukkan, populasi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun di Pulau Pinang adalah sebanyak 160,000 orang.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, terdapat 19 kluster aktif COVID-19 dikesan di Pulau Pinang sehingga hari ini - paling banyak ialah yang membabitkan kluster pendidikan.
Sehingga kini, katanya, terdapat 12 kluster pendidikan, tiga kluster membabitkan sektor perkilangan, tiga kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kluster baharu Kem Tentera Sungai Ara di daerah Barat Daya.
Ujarnya, bilangan kes positif COVID-19 yang direkodkan pula kebanyakannya membabitkan varian Delta, Omicron dan Beta.
Pulau Pinang mencatatkan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 169,852 sehingga Sabtu.
Astro Awani
Sun Feb 06 2022

Sehingga hari ini, terdapat 19 kluster aktif COVID-19 dikesan di Pulau Pinang - paling banyak ialah yang membabitkan kluster pendidikan. - Astro ARENA

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Lebih 160,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan 5 hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 132,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,860,287 individu atau 91.9 peratus lengkap divaksinasi.

PICKids: 1.34 juta kanak-kanak sudah terima vaksin
Sehingga Ahad, 38 peratus kumpulan berkenaan telah menerima dos pertama manakala 0.4 peratus sudah mula mendapatkan dos kedua.

Pastikan kanak-kanak divaksin, elak komplikasi MIS-C
Ibu bapa diminta agar memastikan anak-anak mereka divaksin bagi mengelakkan komplikasi serius akibat COVID-19 seperti Sindrom Keradangan Multisistem Dalam Kanak-Kanak (MIS-C).

KKM sasar 50 peratus kanak-kanak terima vaksin COVID-19 sebelum persekolahan bermula
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyeru ibu bapa segera membawa anak masing-masing menerima suntikan vaksin tersebut.

Pengetua, guru besar mengadu sikap segelintir ibu bapa enggan benar anak divaksin
Sesi penerangan secara saintifik dengan menggunakan data Kementerian Kesihatan (KKM) perlu diperbanyak oleh pihak berwajib bagi menangani isu vaksinasi dalam kalangan murid sekolah dan ibu bapa.

Tempahan janji temu PICKids dibuka di seluruh negara 7 Mac
Sistem tempahan janji temu untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) menerusi aplikasi MySejahtera dibuka di seluruh negara pada 7 Mac ini.

Lebih 600,000 kanak-kanak di Malaysia telah divaksin
Sejumlah 14,274,843 individu atau 60.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19.

Pulau Pinang mula vaksinasi kanak-kanak komorbid, berisiko tinggi esok
Setakat ini hanya dua lokasi ditetapkan untuk pemberian vaksin kepada golongan itu.

Vaksinasi untuk kanak-kanak bukan satu uji kaji - Dr Megat Amirul Amzar
Dr Megat Amirul Amzar menjelaskan kajian terhadap COVID-19 dan vaksin yang dihasilkan sentiasa dilakukan berdasarkan data-data sedia ada.