awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang rancang bina pelabuhan tuna baharu di Bagan Ajam

Bernama
Bernama
10/08/2025
21:30 MYT
Pulau Pinang rancang bina pelabuhan tuna baharu di Bagan Ajam
Fahmi berkata projek itu melibatkan kos dianggarkan antara RM150 juta hingga RM300 juta dan kini dalam peringkat perbincangan bersama beberapa pelabur. - Foto fail/BERNAMA
BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang merancang membina pelabuhan tuna dan ikan laut dalam baharu di Bagan Ajam bagi memenuhi piawaian antarabangsa sekali gus meningkatkan pendaratan ikan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri Fahmi Zainol berkata projek itu melibatkan kos dianggarkan antara RM150 juta hingga RM300 juta dan kini dalam peringkat perbincangan bersama beberapa pelabur.
" Pelabuhan ini dijangka siap dalam tempoh setahun setengah hingga dua tahun selepas mendapat kelulusan teknikal pihak berkuasa tempatan dan penyaluran peruntukan swasta.
"Kita berharap kemudahan ini dapat mengembalikan zaman kegemilangan industri tuna Pulau Pinang seperti era 1990-an," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Menurutnya pelabuhan itu akan memberi kelebihan dari segi operasi kerana dikhususkan untuk kapal tuna, tanpa perlu berkongsi kemudahan dengan kapal komersial, selain caj pelabuhan lebih rendah.
Fahmi berkata dari segi persaingan pula, kapal tuna tidak perlu berebut kerana pelabuhan baharu itu memang khas untuk pendaratan tuna dan tidak bercampur dengan kapal komersial dan ia mampu menarik kapal tuna asing kerana mesra pengguna.
Katanya ia juga direka memenuhi piawaian Kesatuan Eropah (EU) dengan kemudahan khusus untuk pengendalian tuna, berbeza dengan pelabuhan sedia ada yang bersifat umum.
"Menurut rekod awal Jabatan Perikanan Malaysia ,jumlah pendaratan tuna di Pulau Pinang tahun lepas ialah 431,000 kilogram bernilai RM7.758 juta, manakala kapal Malaysia yang mendarat di Mauritius mencatatkan 3.75 juta kilogram, menjadikan jumlah keseluruhan 4.29 juta kilogram," katanya
. Beliau berkata bagi tahun ini sehingga kini, jumlah pendaratan tuna di Pulau Pinang termasuk kapal asing ialah 1.45 juta kilogram bernilai RM26 juta.
Katanya pihaknya percaya dengan kemudahan pelabuhan khusus tuna di Bagan Ajam ini, ia dijangkakan pendaratan ikan tuna meningkat 30 hingga 50 peratus dalam tempoh lima tahun selepas ia beroperasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#pelabuhan tuna baharu
#Bagan Ajam
#Fahmi Zainol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan