GEORGE TOWN: Pulau Pinang menyasarkan peningkatan dalam sektor pelancongan perubatan menerusi kerjasama strategik Penang Adventist Hospital dengan syarikat penerbangan tambang murah Firefly.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif Penang Adventist Hospital Ronald Koh Wah Heng berkata kolaborasi itu menyasarkan untuk menerbangkan pelancong perubatan dari luar bagi menerima perkhidmatan perubatan berkualiti di negeri ini.
"Dengan kerjasama ini, Firefly akan melancarkan penerbangan secara terus pertamanya dari Pulau Pinang ke Medan dan Medan-Pulau Pinang dengan Boeing-737 mulai 17 Februari (esok).
"Laluan penerbangan baharu secara terus ini akan membuka peluang kepada pelancong Indonesia untuk ke Pulau Pinang, sekali gus meningkatkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negeri," katanya pada sidang media mengenai kolaborasi itu di sini, hari ini.
Turut hadir Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Yeoh Soon Hin.
Koh berkata pihaknya akan menawarkan pakej saringan kesihatan eksklusif pada kadar istimewa kepada penumpang Firefly yang menaiki penerbangan laluan Pulau Pinang ke atau dari Medan dan Banda Aceh.
Beliau berkata promosi itu akan menggalakkan pesakit dan pelancong menjalani saringan kesihatan justeru membolehkan pengesanan awal penyakit.
Sementara itu, Yeoh berkata selain menawarkan perkhidmatan kesihatan, kerjasama antara dua peneraju industri itu turut membolehkan pelancong menikmati keindahan Pulau Mutiara.
"Pulau Pinang telah melabur dalam pelancongan perubatan dan mampu menjana lebih RM52 juta dalam hasil tahun lepas. Ini berjaya dicapai sebahagian besarnya kerana faedah penjimatan kos dan pelbagai pilihan produk pelancongan serta adanya kemudahan perubatan bertaraf tinggi dan pakar perubatan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan industri pelancongan perubatan yang mempunyai lebih kepelbagaian dan berdaya tahan, selain tidak bergantung pada beberapa negara sahaja.
"Buat masa ini, saya sedang meneliti untuk menarik pesakit antarabangsa dari rantau Asia Selatan dengan populasi 1.9 bilion seperti Bangladesh, Nepal, Pakistan dan banyak lagi.
"Menurut Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), terdapat 800,000 warga Bangladesh mencari rawatan di luar negara setiap tahun. Ini merupakan peluang yang baik untuk kami membawa mereka ke Malaysia, terutama ke Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Kolaborasi antara Penang Adventist Hospital dan Firefly menyasarkan untuk menerbangkan pelancong perubatan dari luar bagi menerima perkhidmatan perubatan berkualiti di Pulau Pinang. - Bernama
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Pelancongan perubatan terus gamit rakyat Indonesia ke Malaysia - Duta Besar
Kedatangan rakyat Indonesia ke Malaysia termasuk bagi tujuan pelancongan perubatan dijangka terus meningkat semasa rantau ini terus pulih daripada pandemik COVID-19.
Pulau Pinang sasar peningkatan pelancongan perubatan
Kerjasama strategik institusi perubatan dan syarikat penerbangan mampu meningkatkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat
Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022.
KL Wellness City bandar penjagaan kesihatan pertama di Asia Tenggara
KL Wellness City Sdn Bhd melancarkan satu revolusi berasaskan penjagaan kesihatan berkonsepkan perbandaran mampan yang pertama di Asia Tenggara.
Sektor pelancongan perubatan sumbang manfaat kepada industri pelancongan Sarawak
Ia turut menyumbang kepada kewujudan peluang-peluang lumayan kepada hospital-hospital swasta dan profesional perubatan tempatan.
Malaysia mampu jadi pusat pelancongan perubatan - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata ia mampu menjadi antara penyumbang pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang.
PCMC antara hospital terbaik dunia bagi pelancongan perubatan
Chong Yee Mun berkata hospital berkenaan berada dalam senarai 10 hospital terbaik itu sejak 2013.