awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang teruskan kerja tambak Projek PSI sehingga peroleh keputusan mahkamah

Bernama
Bernama
15/02/2024
15:38 MYT
Pulau Pinang teruskan kerja tambak Projek PSI sehingga peroleh keputusan mahkamah
Chow berkata walaupun projek itu berdepan tindakan saman, ia masih awal dan terdapat proses yang perlu dilalui sebelum sebarang keputusan dibuat mahkamah. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang masih meneruskan kerja tambakan laut projek pulau buatan yang dikenali Pulau Silikon berkeluasan 930.8 hektar seperti dirancang sehingga keputusan mahkamah diperoleh.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata walaupun projek itu berdepan tindakan saman daripada tujuh nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan iaitu Sahabat Alam Malaysia (SAM) serta Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI), ia masih awal dan terdapat proses yang perlu dilalui sebelum sebarang keputusan dibuat mahkamah.
"Setakat ini kita masih meneruskan kerja-kerja di tapak kerana perkara ini (tindakan saman) baru dimulakan, dan ia perlu melalui proses mahkamah sebelum apa-apa keputusan boleh dibuat.
"Sebarang tindakan perlu menunggu perintah daripada mahkamah, jadi kita tunggu," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Beliau turut mengesahkan pihaknya telah menerima dokumen saman itu pada 13 Feb lepas dan menyerahkan perkara terbabit kepada Penasihat Undang-Undang negeri.
Semalam, media melaporkan tujuh nelayan bersama SAM dan JEDI memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 29 Dis lepas.
Permohonan semakan kehakiman itu bertujuan mencabar kebenaran merancang diberi Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang (PLANMalaysia) pada 21 Ogos 2023 untuk projek tambakan laut terbabit.
Semua sembilan pemohon menamakan Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang, Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang dan pemaju projek SRS Consortium Sdn Bhd, masing-masing selaku responden pertama hingga keempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLANMalaysia
#dokumen saman
#menunggu perintah
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan