awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang tidak guna pakai GPP KPKT - Noh

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/10/2017
08:53 MYT
Pulau Pinang tidak guna pakai GPP KPKT - Noh
Kerajaan Pulau Pinang juga tidak memperakui sekali gus mengguna pakai Garis Panduan Perancangan (GPP) Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia tidak pernah menyokong projek lereng bukit di Tanjung Bungah, Pulau Pinang hingga berlakunya insiden tanah runtuh pada Sabtu lalu.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata Kerajaan Pulau Pinang juga tidak memperakui sekali gus mengguna pakai Garis Panduan Perancangan (GPP) Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi.
Menurutnya, kerajaan Pulau Pinang menggunakan GPP Pembangunan Lereng Bukit 2012 (Safety Guideline for Hillsite Development 2012) yang digubal dan diperakui kerajaan negeri.
"KPKT melalui PLANMalaysia ada keluarkan GPP Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang mana kita telah mengedarkan kepada semua negeri-negeri. Bagaimanapun Kerajaan Pulau Pinang tidak menerima pakai GPP ini kerana kerajaan negeri itu mempunyai Safety Guideline for Hillsite Development 2012.
"Mengikut Kerajaan Pulau Pinang, GPP mereka lebih lengkap dan terperinci mungkin kerana mereka ini pulau serta mengikut topografi dan geografi di kawasan tersebut.
"Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Sekretariat, PLANMalaysia tidak menyokong peningkatan kepada 30 unit 1 ekar kepada 147 unit 1 ekar di kawasan tersebut," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Jelasnya, selain Pulau Pinang, dua buah negeri iaitu Selangor dan Kelantan juga tidak mengguna pakai GPP yang dikeluarkan KPKT.
Kata beliau, KPKT juga telah menghantar surat kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membentangkan laporan tanah runtuh di tapak projek pembinaan perumahan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah.
Tegas Noh Omar, pembentangan laporan itu akan dilakukan minggu hadapan sewaktu mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Topic Berkaitan
#kerajaan pulau pinang
#KPKT
#Lengkok Lembah Permai
#PLANMalaysia
#Tan Sri Noh Omar
#tanah runtuh
#Tanjung Bungah
#tapak pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan