awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulihara bukit batu kapur, cari alternatif baharu ganti simen - Dr Jemilah

Aida Aziz
Aida Aziz
13/10/2022
04:54 MYT
Pulihara bukit batu kapur, cari alternatif baharu ganti simen - Dr Jemilah
DR JEMILAH: Malaysia dikelilingi dengan laut, mungkin ini satu alternatif ekonomi yang bukan sahaja mendatangkan keuntungan tetapi juga menjaga alam sekitar. -Astro AWANI
IPOH: Malaysia boleh mencontohi negara lain dalam mencari alternatif menggantikan penggunaan batu kapur bagi penghasilan simen untuk pembangunan.
Ia bagi memulihara alam semula jadi termasuk bukit batu kapur yang terdapat banyak di negara ini.
Penggantian itu sekali gus membuka peluang untuk mewujudkan industri baharu yang mementingkan pembangunan secara lestari serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health, Sunway Universiti Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, contoh terbaik adalah di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memanfaatkan mendapan laut bagi teknologi tersebut.
"Sekarang banyak kajian untuk lihat apa alternatif material yang boleh kita guna untuk pembangunan yang tidak menggunakan simen diperbuat daripada limestone (batu kapur).
"Jadi di negara yang tidak ada bukit atau batu kapur, contohnya di Abu Dhabi, mereka ambil air laut dan sulingkan sehingga boleh dijadikan air minuman.
"Manakala 'sludge' (mendapan) yang tinggal itu boleh diubah suai menjadi material lain seperti simen.
"Malaysia dikelilingi dengan laut, mungkin ini satu alternatif ekonomi yang bukan sahaja mendatangkan keuntungan tetapi juga menjaga alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Majlis Simposium Ipoh Sejahtera 2030, di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr Maisarah Ahmad.
Sehubungan itu, Dr Jemilah berkata, pihaknya menerusi saintis dan pengkaji di Universiti Sunway akan menggerakkan kajian berhubung perkara itu tahun depan.
"Kita sedang cuba buat kajian, dalam proses untuk mencari dana ketika ini. Termasuk untuk melihat nilai bukit batu kapur yang ada di negara ini.
"Ia memerlukan dana yang tinggi, pihak kita akan buat kajian saintifik dengan kerjasama daripada kerajaan negeri," katanya.
Sementara itu, ketika mengulas lanjut berhubung pengunaan batu kapur untuk dijadikan simen sebagai bahan binaan, beliau berkata setakat ini ia tidak dapat dielakkan.
"Mungkin ya (alternatif lain boleh kurangkan aktiviti pengambilan batu kapur) tetapi kena faham yang kontrak sedia ada itu merupakan kontrak yang sudah ditandatangani berpuluh tahun dahulu.
"Kita tidak boleh kata, tidak boleh langsung atau henti ambil batu kapur kerana nanti mahu buat bangunan guna apa dan ganti dengan apa?
"Tetapi yang lebih penting sekarang apa alternatif yang kita boleh kaji, oleh itu saintis, pihak swasta dan kerajaan perlu berganding bahu fikir penyelesaiannya, untuk 'sustainable building material'," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Jemilah Mahmood
#penghasilan simen untuk pembangunan
#mendapan laut
#batu kapur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan