awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika Selatan tidak bunuh orang kulit putih, Presiden Ramaphosa jawab dakwaan Amerika

Agensi
Agensi
30/11/2025
22:20 MYT
Afrika Selatan tidak bunuh orang kulit putih, Presiden Ramaphosa jawab dakwaan Amerika
Presiden Ramaphosa menegaskan, Afrika Selatan bersedia untuk terus berdialog dengan kerajaan AS secara hormat dan bermaruah sebagai negara berdaulat yang setara. - Gambar Reuters
JOHANNESBURG: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menuduh Amerika Syarikat (AS) menyebarkan “maklumat palsu” dengan mendakwa negaranya membunuh golongan kulit putih.
Dakwaan itu dibuat selepas Amerika Syarikat memboikot Sidang Kemuncak G20 yang berlangsung di Johannesburg minggu lalu, dengan alasan kononnya berlaku ‘genosid’ terhadap petani kulit putih di Afrika Selatan.
Presiden AS, Donald Trump sejak kembali ke White House awal tahun ini, berulang kali menyerang Afrika Selatan dengan merujuk kepada dakwaan palsu mengenai “pembunuhan orang kulit putih” dalam kalangan komuniti Afrikaner - iaitu minoriti keturunan penjajah Eropah.
Trump turut mengumumkan pada Rabu bahawa Afrika Selatan tidak akan dijemput ke sidang G20 seterusnya yang akan diadakan di padang golf milik keluarganya di Miami.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, Ramaphosa menegaskan, alasan yang diberikan AS untuk tidak menyertai sidang G20 adalah berasaskan tuduhan tidak berasas bahawa Afrika Selatan melakukan genosid terhadap Afrikaner dan merampas tanah milik orang kulit putih.
“Ini adalah maklumat palsu yang jelas mengenai negara kita,” katanya dalam siaran SABC.
“Kami sedar pendirian pentadbiran AS dipengaruhi oleh kempen berterusan menyebarkan maklumat salah oleh kumpulan dan individu di negara ini, di AS dan di tempat lain.
“Mereka yang menyebarkan maklumat palsu ini menjejaskan kepentingan negara, memusnahkan peluang pekerjaan dan melemahkan hubungan kami dengan salah satu rakan paling penting.”
Bagaimanapun, Ramaphosa menegaskan, Afrika Selatan bersedia untuk terus berdialog dengan kerajaan AS secara hormat dan bermaruah sebagai negara berdaulat yang setara. - Agensi
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#bunuh orang kulit putih
#Cyril Ramaphosa
#tuduhan Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan