awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan al-Quran, kitab agama tidak hangus dalam kebakaran

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2023
03:00 MYT
Puluhan al-Quran, kitab agama tidak hangus dalam kebakaran
Naskhah al-Quran dan kitab agama masih tersusun rapi di dalam rak dalam kebakaran di SMI Addimyati di sini pada Ahad. Gambar kecil: Mohd Anuar - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Pengetua Sekolah Menengah Islam (SMI) Addimyati, Kampung Assam Jawa, Mohd Anuar Fitri Jusoh terkejut apabila mendapati hanya al-Quran dan kitab agama saja terselamat daripada dijilat api dalam kejadian kebakaran sekolah itu pada Ahad.
Mohd Anuar berkata, selepas kejadian itu, bahagian bumbung dan sebahagian dinding bangunan terbabit terbakar, namun rak menempatkan puluhan al-Quran dan kitab agama di dalam surau masih dalam keadaan sempurna.
"Saya anggap inilah keajaiban Allah yang memelihara kitab suci ini daripada dimamah api," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Isnin.
Jelas beliau, kebanyakan barangan asrama seperti katil dan almari serta dokumen pelajar rentung dalam kebakaran itu.
"Sebelum ini saya hanya dengar melalui laporan berita, tetapi semalam (Ahad) kita melihat sendiri kemuliaan al-Quran ini terpelihara," jelasnya.
Katanya, kebanyakan naskhah al-Quran dan kitab agama itu hasil sumbangan daripada orang ramai.
Jelas beliau, anggaran kemusnahan dan kerosakan bangunan asrama yang menempatkan surau, perpustakaan dan bilik kuliah kecil serta tandas masih dalam proses penilaian.
Sehubungan itu, katanya, pihak sekolah melancarkan tabung derma bagi memohon sumbangan daripada pelbagai pihak bagi membantu mengurangkan kos terlibat.
Media pada Ahad melaporkan, seramai 13 pelajar perempuan dan seorang warden sekolah itu cemas dalam kebakaran di bangunan asrama sekolah itu pada Ahad.
Difahamkan kebakaran berlaku ketika semua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun dan warden asrama berusia 21 tahun yang berada dalam bilik kecil bangunan asrama itu sedang nyenyak tidur. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#kebakaran
#SMI Addimyati
#Mohd Anuar Fitri Jusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan