PUTRAJAYA: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi pembiayaan lebih 300 peserta program Jom Jadi Perantis (JumPER) tahun ini.
Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.
"Program JumPER akan terus ditambah baik bagi memastikan ia terus relevan bagi golongan belia yang mahu menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya.
"Untuk alumni JumPER tahun lepas, kita (PUNB) peruntukkan RM1.5 juta dengan melibatkan 78 peserta dan saya dapati program ini membantu graduan membina kerjaya mereka dalam bidang perniagaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi JumPER PUNB 2023, di sini, semalam.
Program JumPER yang diwujudkan pada 2009 itu sehingga kini berjaya melahirkan 4,256 peserta melibatkan nilai pembiayaan keseluruhan sebanyak RM20.9 juta.
Acryl Sani yang dilantik ke jawatan itu pada 1 Sept tahun lepas berkata, program JumPER PUNB diwujudkan bagi menggalakkan golongan belia siswazah menceburi bidang perniagaan dengan memperkenalkan konsep latihan perantisan bersama mentor.
Beliau berkata, peserta yang terpilih akan mengikuti latihan sehingga lapan bulan selain menerima elaun dari PUNB.
Menurutnya, PUNB memperuntukkan RM3.68 juta tahun lepas, bagi menjayakan tiga program di bawah inisiatif pembangunan usahawan muda yang melibatkan Geran Pembangunan Perniagaan Alumni JumPER, Program Latihan Pendigitalan Perniagaan-JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) dan PUNB-Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Unichallenge 2023.
"PUNB sentiasa cuba memperkenalkan inisiatif baharu bagi menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan belia bumiputera serta meningkatkan penyertaan usahawan yang lebih berkualiti dan mahir dalam penggunaan teknologi digital, selaras dengan era digital," katanya.
PUNB diwujudkan pada 17 Julai 1991 untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan serta melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Acryl Sani berkata, pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing. Gambar Bernama
Wanita maut tercampak keluar dari kereta, suami cedera
Seorang wanita meninggal selepas kereta suaminya terbabas di Kilometer 27, Jalan Pan Borneo; cuaca hujan menjadi faktor dalam kemalangan tersebut.
Mexico pilih Claudia Sheinbaum sebagai Presiden wanita pertama
Sheinbaum akan menggantikan mentornya, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada 1 Oktober depan.
Israel sahkan kematian empat tebusan di Gaza
Kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.
Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat
Keadaan isterinya kini kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Pembaharuan cukai Malaysia bantu pacu inovasi, teknologi maju - BMI
Pembaharuan cukai menyeluruh itu bertujuan merangsang industri tempatan dan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama, termasuk pembuatan maju.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
Penggiat semikonduktor sedia manfaatkan NSS bagi pertingkat kedudukan
Wong berkata NSS meningkatkan lagi rantaian nilai negara di peringkat global dan memacu teknologi pembungkusan, peralatan dan automasi maju.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani terima Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.
Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah
Acryl Sani adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
'Saya tinggalkan PDRM dengan hati terbuka' - Acryl Sani
Selepas 37 tahun mencurah bakti, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Sang Saka Biru.
Peralihan kuasa kepimpinan PDRM: 'Tidak ada apa yang janggalnya' - KPN Acryl Sani
Kata Acryl Sani, tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa kepimpinan Polis Diraja Malaysia membabitkan dirinya.
Tiada kontroversi dalam soal penggantian Acryl Sani - Saifuddin Nasution
Katanya, soal penggantian jawatan Ketua Polis Negara ialah satu proses biasa.
Sultan Perak rasmi Kem Batalion 3 PGA Bidor
Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 9.35 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Ketua Polis Daerah diseru tingkat mutu perkhidmatan, kurangkan birokrasi - KPN
Semua ketua polis daerah dinasihat agar menghindari sikap buruk yang menonjolkan sifat angkuh, sebaliknya menerapkan nilai-nilai murni serta memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan.
Polis siasat kumpulan dakwa pewaris Kesultanan Sulu - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan polis berhubung tindakan sekumpulan penuntut yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang mengemukakan tuntutan melalui notis timbang tara mele