awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia

Fareez Azman
Fareez Azman
12/02/2021
06:12 MYT
Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia
Hasil siasatan di beberapa buah premis perniagaan syarikat itu di Perak, Melaka, Johor dan Selangor mendapati kejadian berlaku apabila pekerja-pekerja tidak berpuas hati dengan pemberian bonus kepada mereka. - Gambar fail/Twitter
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan telah menjalankan siasatan berhubung kejadian mogok oleh pekerja-pekerja syarikat J&T Ekspress Malaysia Sendirian Berhad yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat, siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.
Hasil siasatan kementerian itu mendapati kejadian berkenaan berlaku di sebuah premis perniagaan syarikat yang terletak di Perak dan ia berpunca daripada bebanan kerja yang dialami oleh pekerja-pekerja di bahagian gudang berikutan peningkatan mendadak bungkusan.
"Siasatan turut mendapati terdapat di kalangan pekerja-pekerja terutamanya di bahagian penghantaran (despatch) tidak berpuas hati dengan pemberian bonus berdasarkan prestasi dan perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang akan menyebabkan pendapatan pekerja yang terlibat berkurang.
"Pihak majikan memaklumkan bahawa isu berhubung kejadian pekerja memunggah bungkusan secara kasar telah selesai dan ia berlaku disebabkan salah faham.
"J&T telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada para pelanggan serta menjelaskan tentang sistem pemberian bonus kepada kakitangan yang menjadi punca ketidakpuasan hati kakitangan J&T," jelas kenyataan itu.
BACA: Apa hal ni? Tular kakitangan syarikat kurier baling barang pelanggan
J&T Express | Mohon maaf, salah faham punca pekerja mogok
Susulan kejadian itu, Kementerian Sumber Manusia menegaskan kepada majikan agar sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak pekerja terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan melibatkan kepentingan pekerja.
Ia bagi memastikan keharmonian perusahaan yang dinikmati serta kebajikan pekerja terus berkekalan dan terpelihara.
Ahad lalu, J&T Ekspress dalam satu kenyataan media memohon maaf atas tindakan beberapa pekerja yang mengendalikan bungkusan pelanggan dengan kasar seperti yang tular di laman sosial pada 4 Februari lalu.
Jelas syarikat itu, kejadian itu berlaku selepas kurang penjelasan di kalangan pegawai jabatan berhubung sistem pengagihan bonus.
"Ini merupakan kesalahan dalam pengurusan kami. Kami telah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa, serta menyelesaikan (isu) bungkusan yang hilang dengan cepat," jelas kenyataan itu.
J&T Ekspress turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerja barisan hadapan yang juga aset terbesar mereka atas usaha berterusan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
BACA: Syarikat kurier mohon maaf, salah faham punca pekerja mogok
BACA: MCMC arah syarikat kurier beri penjelasan isu baling barang pelanggan
Topic Berkaitan
#laman sosial
#Malaysia
#syarikat kurier
#Perkhidmatan Kurier
#media sosial
#Pekerja
#pemunggahan
#Masyarakat
#bonus
#J&T Ekspress Malaysia Sdn Bhd
#bungkusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan