awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca kematian bayi 24 hari belum diketahui - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2022
21:45 MYT
Punca kematian bayi 24 hari belum diketahui - Polis
Polis masih menunggu laporan keputusan ujian kimia bagi mengetahui punca kematian seorang bayi perempuan berusia 24 hari yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah, di sini, Sabtu lalu. -Gambar hiasan/Flickr
REMBAU: Polis masih menunggu laporan keputusan ujian kimia bagi mengetahui punca kematian seorang bayi perempuan berusia 24 hari yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, keputusan laporan bedah siasat masih belum dapat mengenal pasti punca kematiannya.
"Bedah siasat sudah dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau, semalam (Ahad) namun punca kematian masih belum diketahui.
"Pihak polis masih menunggu laporan kimia daripada Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Ia mungkin mengambil sedikit masa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada doktor, bayi terbabit dilahirkan dalam keadaan sempurna di hospital sama.
Bagaimanapun katanya, hasil temu bual awal dengan doktor yang memberikan rawatan kecemasan kepada bayi itu pada hari kejadian, wajahnya menunjukkan tanda 'down sindrom'.
"Sepatutnya pemeriksaan susulan akan dilakukan apabila bayi itu berusia 30 hari," katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan bayi perempuan ditemui tidak sedarkan diri ketika tidur di rumah keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah di Rembau, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Rembau.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#laporan keputusan ujian kimia
#Hazri Mohamad
#Kampung Batu 1
#bayi tidak sedarkan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan