awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca kematian kanak-kanak di Mak Mandin disiasat

Bernama
Bernama
27/06/2013
23:30 MYT
Punca kematian kanak-kanak di Mak Mandin disiasat
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan mengenai kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun enam bulan yang dipercayai akibat demam dan sakit tekak pada 22 Jun lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata setakat ini pihaknya mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), George Town.
"Siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kanak-kanak itu meninggal dunia kerana penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai Hospital Seberang Jaya (HSJ) kepada Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Khamis.
Dr Lailanor berkata kanak-kanak itu dibawa ke sebuah hospital pakar swasta di Pulau Pinang pada 17 Jun lepas sebelum dirujuk ke HPP pada 21 Jun dan meninggal dunia sehari kemudian.
"Laporan pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mendapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru dan ujian makmal yang dilakukan untuk adeno dan influenza virus termasuk H1N1 juga menunjukkan keputusan negatif.
"Selain itu, Jabatan Kesihatan juga menjalankan ujian ke atas beberapa individu yang mempunyai hubungan dan yang sering berhubung dengan kanak-kanak terbabit. Kesemua mereka disahkan bersih daripada sebarang jangkitan," katanya.
Dr Lailanor berkata tadika yang dihadiri kanak-kanak berkenaan diarah ditutup selama 10 hari sebagai langkah pencegahan bagi mengelak berlaku jangkitan ke atas kanak-kanak lain.
Beliau menasihati ibu bapa supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan mendapatkan rawatan awal sekiranya anak mereka mengalami simptom berkaitan demam dan sakit tekak.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Lailanor Ibrahim
#Jabatan Kesihatan Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan