Punca sebenar kematian murid lelaki berumur 10 tahun di Melaka tidak dapat disahkan kerana mangsa dijangkiti virus influenza A (H1N1) dan radang otak pada masa yang sama, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Sambil menyifatkan kematian seorang pelajar tahun lima itu sebagai luar biasa, beliau berkata pihaknya tidak dapat memastikan punca sebenar kematian murid tersebut kerana tidak dapat melakukan pemeriksaan pada otaknya.
"Setakat ini, pengesahan mangsa menghidap H1N1 hanya berdasarkan pemeriksaan pada sampel yang diambil pada saluran pernafasan.
"Oleh itu, agak sukar bagi kami (kementerian) untuk mengesahkan sama ada radang otak yang dihadapi mangsa disebabkan oleh H1N1," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Murid lelaki yang didakwa dijangkiti virus H1N1 meninggal dunia kira-kira 12 tengah malam tadi. Sebelum ini, mangsa yang dikatakan dijangkiti virus H1N1 itu berada dalam keadaan koma dan dirawat di sebuah hospital swasta di Melaka.
Menurut Dr Subramaniam, doktor hospital swasta melakukan diagnosa kematian murid itu berpunca daripada 'viral encephalitis secondary to H1N1' dan kementerian perlu menerima punca itu buat masa sekarang.
"Kemungkinan besar budak itu boleh juga meninggal dunia akibat jangkitan radang otak. Tetapi, tiada pemeriksaan mengeluarkan cecair daripada saraf tunjang dilakukan untuk melihat sama ada H1N1 menyebabkan jangkitan ini.
"Sukar untuk mengesahkannya sekarang kerana tiada bedah siasat dilakukan pada tubuh murid itu. Pada peringkat ini, kami sudah hilang peluang untuk mengesahkan apakah punca sebenar kematiannya.
"Satu ujian melibatkan sampel cecair daripada saraf tunjang (antigen) murid itu mungkin dapat memberi jawapan punca sebenarnya," jelasnya.
Sehubungan itu, Dr Subramaniam mengingatkan orang ramai agar tidak panik dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah mudah bagi mencegah penularan jangkitan influenza serta mengamalkan cara hidup sihat.
Katanya, tiada jumlah kes direkodkan kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak lagi memantau jangkitan H1N1 secara khusus dan tiada keperluan untuk melaporkan kejadian kes kepada pertubuhan itu.
"Ini adalah kerana cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapatkan jangkitan dan komplikasi akibat H1N1 adalah serupa dengan influenza bermusim yang lain," katanya.
Bagaimanapun, Dr Subramaniam berkata kementerian sedang memantau lebih 300 klinik di seluruh negara berkaitan penyakit pernafasan setiap minggu, sekiranya berlaku peningkatan dalam penyakit itu, untuk menjalankan siasatan lanjutan.
Mengulas kes kematian seorang murid perempuan tahun satu di Johor Jumaat lepas yang dikatakan mungkin akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), beliau berkata kementerian masih menunggu pengesahan punca daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) di Sungai Buloh, Selangor.
"Kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Tetapi kami minta sekolah atau ibu bapa untuk melaporkan kes sedemikian kepada pihak kesihatan secepat mungkin.
Saya juga tidak mahu rakyat panik tentang epidemik ini kerana secara am, ia tidak menyebabkan masalah besar," katanya.
Isnin lepas, Jabatan Kesihatan Johor mengesahkan murid berkenaan meninggal dunia akibat kejutan septik dengan kegagalan beberapa organ dalaman.
Bernama
Wed Apr 15 2015
Punca sebenar kematian murid lelaki berumur 10 tahun di Melaka tidak dapat disahkan kerana mangsa dijangkiti virus influenza A (H1N1) dan radang otak pada masa yang sama. -Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Virus selesema babi dikesan pada ternakan, tiada risiko jangkiti manusia - Jabatan Veterinar
Bagaimanapun, ternakan babi yang seropositif itu tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit serta tidak berisiko untuk menyebarkan jangkitan kepada manusia.
WHO selaras kerjasama dengan China berhubung strain baharu selesema babi
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyelaras kerjasama dengan China untuk membuat penilaian lebih teratur mengenai strain selesema babi (H1N1).
Singapura siap siaga, DORSCON tanda warna, koronavirus jingga
Tak ubah menghadapi perang, Singapura bersiap siaga ukur tahap persediaan menghadapi penularan koronavirus dianggap musuh semasa.
Bersatu menentang koronavirus secara tenang, rasional dan mantap
Justeru itu, kami menggesa Rakyat Malaysia, ahli politik, rakan-rakan media dan semua pemegang taruh untuk bertindak dengan penuh bertanggungjawab dalam tempoh ini.
KKM perlukan masa kumpul data jumlah pesakit Influenza A - Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengumpul maklumat berkenaan jumlah pesakit Influenza A di seluruh negara.
12 murid di Sabah dijangkiti Influenza A setakat ini
Pengarahnya Dr Mistirine Radin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut.
79 pelajar STAR dijangkiti H1N1 dibenarkan pulang
Baki 22 pelajar lagi masih diasingkan di pusat ko-kurikulum sekolah berkenaan.
12 kes baru Influenza A (H1N1) di STAR Ipoh
Sebanyak 12 lagi kes baru Influenza A atau H1N1 dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh sehingga Khamis.
Kementerian tidak terima laporan tiga pelajar dijangkiti H1N1 di Melaka - Dr Subramaniam
KKM masih belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan tiga pelajar yang disyaki dijangkiti virus influenza H1N1 di Melaka.
Aamir Khan dijangkiti selesema babi, dikuarantin bersama isteri
Pelakon Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao dikuarantin selama seminggu kerana dijangkiti virus Influenza A H1N1.