awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca LPT1 mendap disiasat - ANIH

Faida Rahim
Faida Rahim
11/09/2023
14:33 MYT
Punca LPT1 mendap disiasat - ANIH
ANIH dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, setakat ini, tiada pergerakan baharu yang direkodkan di kawasan kejadian. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), ANIH Berhad, telah menempatkan kakitangan operasi sepanjang 24 jam untuk memantau dan menangani isu kegagalan tambakan projek tebatan banjir LPT1.
ANIH dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, setakat ini, tiada pergerakan baharu yang direkodkan di kawasan kejadian.
"Bagaimanapun, pihak syarikat dengan kerjasama kontraktor telah menempatkan penanda enapan bagi meneruskan pemantauan keadaan semasa.
"ANIH serta pihak perunding sedang menjalankan kajian terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan pihak syarikat, terdapat resapan air bawah tanah di tapak projek yang menyebabkan runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan, resapan air tersebut mengakibatkan rekahan di permukaan jalan di antara KM118.2 ke KM117.8 melibatkan lorong kecemasan dan sebahagian lorong perlahan.
"Sebagai langkah segera, ANIH Berhad telah menutup sepenuhnya laluan ke Kuala Lumpur dan mengaktifkan sistem laluan kontra dari KM 116.5 sehingga KM 119.4 di laluan timur pada jam 4.15 petang, semalam.
"Pengguna jalan raya dinasihat untuk merancang perjalanan mereka dan memandu secara berhemah serta mematuhi arahan petugas di lokasi," jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#LPT 1
#jalan mendap
#Anih Berhad
#resapan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan