awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puncak Alam dilanda banjir kilat

Sinar Harian
Sinar Harian
12/12/2023
10:16 MYT
Puncak Alam dilanda banjir kilat
Keadaan banjir kilat di Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang, Selasa.
Pengerusi Pemuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam, Mohd Hanif Md Sultan berkata, keadaan itu menyebabkan laluan sepanjang kira-kira 150 meter itu digenangi air pada paras 0.3 meter.
Menurutnya, kawasan itu kerap dilanda banjir kilat setiap kali berlakunya hujan lebat dan keadaan itu sehingga kini masih belum dapat ditangani.
"Kawasan ini selalu dilanda banjir kilat dan kita berharap masalah ini ditangani segera lebih-lebih lagi laluan itu sering digunakan pengguna kenderaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Mohd Hanif berkata, masalah itu juga telah diajukan kepada pihak berwajib namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.
"Kami merayu kepada pihak berkaitan supaya mengambil jalan penyelesaian terbaik menangani masalah ini daripada terus membelenggu penduduk.
"Kita tidak mahu ada motosikal yang meredah banjir di laluan tersebut terjatuh terlanggar lubang yang boleh mengakibatkan kecederaan atau berlakunya kejadian tidak diingini," jelas beliau
Sehubungan itu, katanya, beliau mencadangkan kepada pihak berwajib mengadakan satu perjumpaan bersama penduduk di kawasan terbabit.
Ujar beliau, penduduk berharap sesi pertemuan itu nanti membolehkan mereka menyuarakan permasalahan dihadapi sejak bertahun lamanya.
"Kita mahu masalah ini diatasi segera dan kalau boleh semua agensi kerajaan terlibat termasuk pihak industri, pemaju perumahan dan wakil penduduk dapat berbincang dan mencari penyelesaian untuk menangani masalah ini," tambah beliau. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#banjir puncak alam
#hujan lebat
#punca banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan