awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2021
21:15 MYT
Pura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas
Seorang lelaki ditahan ketika cuba melarikan barang kemas di sebuah premis di Jalan Kebun, Shah Alam pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Taktik seorang lelaki yang berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan barang kemas hanya mengundang padah apabila diberkas pemilik premis dalam kejadian di Jalan Kebun, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu suspek bertindak melarikan seutas jam tangan dengan dua utas rantai emas bernilai kira-kira RM22,996.
Bagaimanapun katanya, kejadian itu disedari pemilik premis yang kemudiannya menahan suspek ketika cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal.
"Berlaku pergelutan antara mereka sebelum pemilik premis dibantu orang awam berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, suspek berusia 20 tahun kini direman empat hari sehingga 1 Jun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan segera untuk tindakan susulan," katanya.
Sebelum itu tular beberapa rakaman video di Twitter memaparkan orang awam menahan seorang lelaki di sebuah lokasi perniagaan.
Artikel asal di Sinar Harian: Pura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas
Topic Berkaitan
#barang kemas
#pelanggan
#kedai emas
#curi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan