awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAKIM rangka model undang-undang atasi ketidakseragaman perundangan Islam negeri
Hentikan amalan kartel yang menindas rakyat - Anwar
Seleweng dana pelaburan hampir RM300 juta: SPRM buka dua kertas siasatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pura-pura minta air sebelum samun warga emas

Sinar Harian
Sinar Harian
24/10/2025
01:30 MYT
Pura-pura minta air sebelum samun warga emas
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam dan luka kecil di bahagian pergelangan tangan serta bengkak di kepala.
TEMERLOH: Seorang lelaki berpura-pura meminta air sebelum menyamun seorang wanita warga emas berusia 78 tahun di rumahnya di Taman Temerloh Jaya di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa sedang menjaga cucunya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya didatangi suspek yang masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran dengan berpura-pura meminta air kosong untuk diminum.
"Suspek kemudiannya bertindak merentap gelang tangan yang dipakai warga emas berkenaan sebelum turut mengambil sebuah telefon bimbit miliknya.
“Suspek kemudian menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum melarikan diri. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam dan luka kecil di bahagian pergelangan tangan serta bengkak di kepala,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,000 akibat kejadian tersebut.
Jelas beliau, mangsa membuat laporan di Balai Polis Temerloh dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menyebabkan kecederaan.
"Pihak polis kini sedang giat mengesan suspek. Orang ramai juga diminta lebih berhati-hati dengan individu tidak dikenali," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samun
#warga emas
#minum air
#Mohd Nasyim Bahron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan