awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Purata 15,000 kekosongan jawatan secara tetap perlu diisi setiap tahun - SPA

Bernama
Bernama
17/07/2023
05:19 MYT
Purata 15,000 kekosongan jawatan secara tetap perlu diisi setiap tahun - SPA
Zainal Rahim (tengah) menyampaikan siji penghargaan rakan strategik kepada wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk A.Rahim Nin (dua, kiri) pada Majlis Perasmian Pusat Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Johor Baharu. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menganggarkan purata sebanyak 15,000 kekosongan jawatan tetap yang perlu diisi, setiap tahun.
Pengerusinya Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata bagi kekosongan jawatan secara kontrak pula dianggarkan mencecah 40,000 setiap tahun.
Beliau berkata jumlah kekosongan jawatan bergantung kepada keperluan jabatan, kementerian dan agensi.
"Angka kekosongan ini sentiasa ada naik dan kurang bergantung kepada jabatan, kementerian dan agensi. Purata anggaran hingga 15,000 kekosongan jawatan tetap sebab setiap tahun ada kakitangan awam pelbagai jawatan yang bersara.
"Dianggarkan kira-kira 25,000 hingga 30,000 kakitangan awam ini akan melalui tempoh persaraan setiap tahun dan kita isi (kekosongan) mengikut keperluan tertentu," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.
"Bagi jawatan baharu, bergantung kepada portfolio kementerian masing-masing. Contohnya ada kementerian yang perlukan jawatan baharu, terdapat isu lantikan seperti doktor kontrak ke jawatan tetap, ini semua bergantung kepada kementerian yang buat perancangan," katanya.
Beliau berkata Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru ialah pusat temu duga keenam yang ditempatkan di UTC, selain di Ipoh, Perak; Georgetown, Pulau Pinang; Kangar, Perlis; serta Miri dan Kuching, Sarawak.
Tambah beliau, pusat temu duga berkenaan adalah antara pusat temu duga yang menerima kunjungan calon paling ramai sepanjang tahun.
"Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru ini dilengkapi dengan enam bilik temu duga termasuk secara maya, sebuah bilik server (pelayan), sebuah bilik rehat panel temu duga, dan pantri serta dua ruang menunggu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
#kekosongan jawatan
#jawatan tetap
#jawatan kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan