awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Kelahiran Puteri Diraja Brunei dirai dengan 17 das tembakan meriam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat gelandangan RM7.64 juta di JB dijangka siap Julai tahun depan

Bernama
Bernama
23/08/2021
23:00 MYT
Pusat gelandangan RM7.64 juta di JB dijangka siap Julai tahun depan
Onn Hafiz bersama Datuk Bandar MBJB turun padang semalam bagi melihat sendiri perkembangan terkini pembinaan pusat gelandangan di Taman Larkin Perdana. - Foto Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Sebuah pusat gelandangan yang sedang dalam pembinaan di Taman Larkin Perdana di sini melibatkan anggaran kos berjumlah RM7.64 juta, dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kos bagi pembinaan pusat gelandangan itu dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Beliau berkata, sementara menunggu dibina, terdapat dua pusat gelandangan sementara iaitu di Perling dan Anjung Singgah sedia untuk beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.
"Dua pusat sementara itu diharap dapat memberikan sedikit keselesaan dan meringankan beban golongan tersebut," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada Isnin.
Menurut Onn Hafiz, beliau bersama Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Noorazam Osman turun padang semalam bagi melihat sendiri pembinaan dan melaporkan perkembangan terkini mengenai pusat gelandangan itu.
Katanya, ia susulan titah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini agar pembinaannya dipercepatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat gelandangan
#Johor Bahru
#onn hafiz ghazi
#MBJB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan