awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/04/2024
07:30 MYT
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Antara individu yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Jalan Raja Chulan di ibu kota pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
Serbuan menerusi Ops Noda itu dijalankan kira-kira jam 12.30 malam oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ IPD Dang Wangi dan D6C JSJ Bukit Aman.
Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi memfokuskan mangsa pemerdagangan orang dengan berpandu kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).
"Hasil pemeriksaan dan serbuan telah berjaya membuat tangkapan seramai 16 individu yang melanggar pelbagai kesalahan.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun dan 15 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai GRO berumur antara 23 hingga 38 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, siasatan mendapati premis hiburan berkenaan mempunyai lesen perniagaan dan dipercayai telah beroperasi lebih kurang sebulan.
"Kesemua mereka yang ditahan kini disiasat untuk tindakan selanjutnya.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6(1) (c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/63 serta Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#op noda
#serbuan GRO
#wanita warga asing
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan