awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat hiburan salur info menerusi Twitter diserbu polis, 24 pengunjung diperiksa

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/05/2022
05:15 MYT
Pusat hiburan salur info menerusi Twitter diserbu polis, 24 pengunjung diperiksa
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu polis memeriksa 24 pengunjung termasuk 11 wanita. - Gambar IPD Petaling Jaya
PETALING JAYA: Sebuah pusat hiburan di Icon City di sini, yang membuat hebahan mengenai aktivitinya menerusi laman sosial Twitter bagi mendapatkan pelanggan diserbu polis malam Ahad.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu polis memeriksa 24 pengunjung termasuk 11 wanita.
"Sebuan itu dibuat menerusi Ops Cantas Khas selepas menerima aduan daripada orang awam.
"Pemeriksaan polis mendapati premis hiburan ini mempunyai lesen hiburan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) namun tidak mempunyai lesen untuk menjual minuman keras.
"Jadi, kita mengambil tindakan ke atas pusat hiburan ini mengikut Akta Eksais 1976 kerana menjual minuman keras tanpa lesen yang sah," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Menurut Mohamad Fakhrudin, premis yang sama pernah diserbu dua kali sebelum ini pada Ogos dan Oktober tahun lalu kerana melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan menggaji pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.
Kedua-dua kesalahan itu, kata beliau, sudah diambil tindakan di mahkamah.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha pusat hiburan yang melanggar undang-undang.
Katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#laman sosial
#minuman keras
#Icon City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan