Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan terus mempromosi Pusat Kecemerlangan Halal Malaysia secara global, dengan pusat pertama di luar negara akan dibuka di Bosnia hujung bulan ini.
Beliau berkata pusat itu akan menganjurkan program-program pembangunan kapasiti, dan latihan kepada industri untuk diiktiraf halal.
"Pusat ini akan dikembangkan ke lain-lain tempat di seluruh dunia tidak lama lagi," katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis makan malam penghargaan sempena Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS'19) di sini malam tadi.
Dr Wan Azizah berkata beliau ingin melihat lebih ramai usahawan Muslim, terutama dari golongan muda, menggunakan platform digital untuk mempromosi amalan dan produk halal mereka.
Katanya aplikasi mudah alih, kecerdasan buatan, robotik dan rekacipta inivatif boleh digunakan untuk meningkatkan ekosistem global halal.
"Kaum Muslim perlu setanding dengan lain-lain pemain global dalam revolusi digital ini dan mampu menggunakan platform digital itu untuk menunjukkan bahawa cara hidup Islam adalah cara yang sesuai untuk semua," katanya.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, yang menyampaikan anugerah Meembar Halal Media Awards 2019 kepada anggota media yang cemerlang, termasuk dari agensi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), dalam pelbagai kategori.
Petugas yang mengharumkan nama BERNAMA di majlis itu ialah Erda Khursyiah Basir dan Muhammad Basir Roslan dalam kategori Portal Berita dan Media Bercetak; Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman, Mohd Afiz Bakri, Siti Zafirah Mohamad Kamal dan Mahmad Fauzi Sarin dari Bernama News Channel dalam kategori VIdeo Atas Talian dan Penyiaran TV; serta jurufoto Syed Muhammad Zahid Makbul Wafa Syed Mohd Mumtaz Wafa dalam kategori Media Sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2019
Dr Wan Azizah menyampaikan surah Yasin braile kepada Wan Farah Hayati, 13 tahun, dari Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak pada Malam Penghargaan Persidangan Global Halal (GHas) 2019 malam tadi. --fotoBERNAMA
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kawasan komuniti Bosnia di Kentucky berkabung kematian 14 penduduk
Ribut kuat berkenaan meranapkan rumah di kawasan kejiranan itu yang rata-ratanya dihuni oleh keluarga yang mempunyai anak kecil.
Terdengar azan di tengah padang pasir
Ryusei Nemoto berkongsi saat beliau menerima hidayah ALLAH SWT dan bersyukur kerana terpilih sebagai Muslim.
Bosnia ancam saman Covax jika tidak terima vaksin mengikut jadual
Bosnia akan menyaman program COVAX Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jika negara itu tidak menerima vaksin berkenaan seperti yang dijadualkan.
COVID-19: Pusat vaksinasi diperkasa di AS, vaksin tidak mencukupi di Bosnia
Pusat vaksinasi terbesar di AS akan dibuka di New York pada Rabu.
Bosnia bina hospital sementara susulan lonjakan kes COVID-19
Menteri Pembangunan Sarajevo Faruk Kapidzic pada Sabtu memaklumkan bahawa kemudahan itu akan berfungsi dengan segera.
25 tahun tragedi Srebrenica: 'Kegagalan ini menghantui kita selamanya' - PBB
Kata Guterres, masyarakat antarabangsa telah gagal melindungi rakyat Srebrenica ketika pembunuhan itu berlaku.
Selepas 25 tahun, sembilan mangsa pembunuhan Srebrenica dikebumikan semula
Hari ini menandakan 25 tahun sejak pembunuhan beramai-ramai di bandar Srebrenica di timur Bosnia.