awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat MRANTI 5G Experience dilancarkan

Bernama
Bernama
12/06/2023
09:04 MYT
Pusat MRANTI 5G Experience dilancarkan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (empat, kiri) bergambar bersama rakan strategik pada majlis perasmian MRANTI 5G Experience Centre" di Epicentre MRANTI Park hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) telah melancarkan pusat Teknologi 5G kerajaan yang pertama, The MRANTI 5G Experience Centre.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata Pusat MRANTI 5G Experience itu menawarkan prototaip, ujian, demo dan kawasan makmal, dengan kelajuan sehingga 1 Gigabait sesaat (GBps) untuk aplikasi industri dan kes-kes pengunaan mengikut sektor vertical untuk dipamerkan.
"Direka bentuk untuk prototaip, ujian dan pembangunan, Pusat MRANTI 5G Experience itu akan melengkapkan bilangan kemudahan inovasi 5G yang semakin meningkat di Malaysia," katanya pada majlis perasmian pusat MRANTI 5G Experience itu di Taman MRANTI di Bukit Jalil di sini hari ini.
Beliau berkata pembangunan pusat itu merupakan detik penting dalam menjejaki inovasi baharu yang pantas, dan akan meningkatkan cara hidup, bekerja, malah bermain, dalam persekitaran masa depan yang didorong oleh data yang lebih diperkasakan.
Katanya lima bukti konsep (POC-proof of concepts) yang melibatkan pengendali rangkaian kerja, penyedia IoT dan pemaju teknologi telah menyertai pusat MRANTI 5G Experience itu.
"POC ini termasuk penyelesaian bagi penjagaan kesihatan, pertanian, pembangunan bandar pintar, teknologi dron, pengawasan dan banyak lagi untuk memanfaatkan komuniti B40 serta industri. Kita baru sahaja memulakan program ini dan saya harap, selepas ini akan lebih banyak syarikat atau industri akan melakukan perkara yang sama," katanya.
Sementara itu Chang berkata laporan Global System for Mobile Association baru-baru ini mendedahkan bahawa Malaysia pada masa ini mempunyai 1 peratus kadar penggunaan 5G walaupun mencapai hampir 50 peratus liputan populasi 5G.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRANTI 5G Experience
#MOSTI
#Chang Lih Kang
#pusat Teknologi 5G kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan