awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor diserbu, 97 ditahan

Bernama
Bernama
02/11/2023
15:11 MYT
Pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor diserbu, 97 ditahan
Polis menahan 96 warga asing dan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan mempromosi pelaburan tidak wujud dalam talian di sebuah premis rumah percutian yang dijadikan pusat panggilan di Pulau Pangkor. - Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan 96 warga asing dan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan mempromosi pelaburan tidak wujud dalam talian di sebuah premis rumah percutian yang dijadikan pusat panggilan di Pulau Pangkor.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam serbuan pada 31 Okt lepas itu, polis turut merampas tiga komputer riba, 120 telefon bimbit, dua modem dan dua buku nota yang dipercayai digunakan untuk aktiviti tersebut serta wang tunai RM51,254.
"Hasil pemeriksaan mendapati, premis berkenaan dihuni 65 lelaki dan 29 wanita Vietnam, seorang lelaki dan perempuan warga China serta lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 47 tahun.
"Kesemua suspek ditahan kerana disyaki bekerja atau terlibat menjalankan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata premis itu baru didaftar masuk pada hari serbuan dilakukan dan pemeriksaan mendapati kesemua warga asing tersebut ada yang mempunyai pasport sah, manakala sebahagiannya masuk secara haram.
"Lelaki tempatan yang ditangkap berusia 24 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan serta bebas daripada rekod jenayah lampau," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat panggilan penipuan
#Pulau Pangkor
#polis perak
#premis rumah percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan