awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia, hadiah untuk UPSI

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/12/2021
05:36 MYT
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia, hadiah untuk UPSI
MD AMIN: Konsep Keluarga Malaysia sangat menarik kerana mementingkan kehidupan harmoni dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan serta ideologi politik. - Foto UPSI
TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyambut baik cadangan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia (PPPKM) di universiti itu.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UPSI Puan Sri Rohani Parkash Abdullah berkata, ia adalah hadiah bermakna kepada UPSI yang sedang menyambut ulang tahun ke-100.
Menurutnya, cadangan itu membuktikan pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap warga UPSI yang komited memperkasakan universiti dalam pelbagai aspek termasuk pencapaian ranking dunia.
“Saya yakin UPSI di bawah kepemimpinan Naib Canselor Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff mampu memikul amanah bagi menjalankan penyelidikan berasaskan pendidikan dalam memantapkan konsep Keluarga Malaysia yang berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran itu,” katanya.
Ketika berucap merasmikan program Keluarga Malaysia@IPT di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City semalam, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan pusat berkenaan.
Sementara itu, Md Amin berkata, dengan tenaga pakar yang ada, UPSI sedia melaksanakan tanggungjawab yang diberi demi mengukuhkan pelaksanaan konsep tersebut secara menyeluruh dan berkesan menerusi pendekatan pendidikan.
Menurutnya, UPSI kini memiliki sembilan fakulti selain Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), yang boleh saling menyokong merealisasikan PPPKM dengan pelbagai pendekatan dari aspek pendidikan.
Katanya, konsep Keluarga Malaysia perlu diberi penekanan sejak usia kanak-kanak lagi supaya mereka membesar menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab menjaga keharmonian, perpaduan dan kemakmuran negara secara bersama.
“Konsep Keluarga Malaysia cetusan idea Perdana Menteri ini sangat menarik kerana mementingkan kehidupan harmoni dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan serta ideologi politik,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#UPSI
#Md Amin Md Taff
#Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan