KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) berjaya menempatkan diri dalam senarai 250 hospital terkemuka dunia dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek 2024.
SMC dalam kenyataan pada Khamis menyatakan, ranking 2024 dibuat berdasarkan tinjauan global komprehensif yang dijalankan dalam kalangan doktor, pengamal penjagaan kesihatan profesional dan para pentadbir merentasi empat benua, serta data daripada tinjauan pesakit dan metrik kualiti hospital.
Menurut kenyataan itu, ia merupakan kali pertama hospital Malaysia meletakkan posisi dalam ranking tersebut berdasarkan bidang kecemerlangan klinikal, penyelidikan dan inovasi dalam kalangan hospital di seluruh dunia.
Dari 30 negara yang terdiri daripada 2,400 hospital yang disenarai pendek, termasuk hospital awam, hospital pengajar universiti dan pusat perubatan swasta, hanya 250 hospital terkemuka disenaraikan dalam senarai global.
Sementara itu, Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, Datuk Lau Beng Long berkata, mereka amat berbesar hati kerana telah diiktiraf sebagai antara hospital terbaik dunia.
"Kami amat berbesar hati kerana SMC, walaupun boleh dianggap hospital yang masih hijau, telah diiktiraf sebagai antara hospital terbaik dunia dalam ranking yang membariskan nama-nama seperti Mayo Clinic (Amerika Syarikat), Hospital Besar Singapura, Hospital Diraja Prince Alfred (Australia) dan Hospital Universiti Tokyo (Jepun).
"Ini adalah cara terbaik untuk meraikan ulang tahun ke-25 kami pada tahun ini, seiring dengan sasaran untuk meningkatkan lagi standard penjagaan menerusi rawatan inovatif berpusatkan pesakit, pendigitalan dan menyediakan perkhidmatan klinikal yang komprehensif," katanya dalam kenyataan itu.
Ditubuhkan pada 1999, SMC merupakan hospital kuarterner swasta terbesar di Malaysia dengan kapasiti 724 katil berlesen dan terdiri daripada lebih 40 bidang kepakaran. Ia juga mendapat akreditasi daripada The Australian Council on Healthcare Standards.
Pengumuman itu dibuat selepas SMC dinobatkan sebagai hospital pediatrik terbaik di Malaysia dan di tempat ke-28 di Asia Pasifik dalam pencalonan Hospital Khusus Terbaik Newsweek Asia Pasifik 2023 baru-baru ini. SMC juga tersenarai dalam 75 hospital terbaik bagi kategori Neurologi, Kardiologi dan Onkologi dalam tinjauan yang sama.
- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) berjaya menempatkan diri dalam senarai 250 hospital terkemuka dunia dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek 2024. -Foto Facebook/Sunway Medical Centre
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pusat Perubatan Sunway tersenarai dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek
Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway berada dalam senarai 250 hospital terkemuka dunia dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek 2024.
SMC tawar T-Room, pusat rehabilitasi paling canggih, pertama di Asia Tenggara
TRoom menggunakan teknologi dan peranti fizikal untuk merangsang deria, rawatan perubatan, menilai prestasi fizikal dan membantu pembelajaran.
Pusat Perubatan Sunway tawar rawatan pemindahan sel stem buat pesakit kanser
Pemindahan sel stem adalah satu kaedah imunoterapi dimana sistem imuniti badan akan dipertingkatkan bagi melawan darah atau sel-sel kanser.
Pusat Perubatan Sunway pelopor pembedahan penggantian sendi robotik negara
Ia menggunakan dua sistem robotik termaju, iaitu Mako SmartRobotics dan ROSA Knee System.
BellaBot inovasi baharu buat kakitangan Pusat Perubatan Sunway
Robot "kucing" dinamakan BellaBot itu merupakan satu-satunya robotik pertama dalam industri penjagaan kesihatan Malaysia.
Vaksin: Apa yang perlu ditakutkan?
Apa yang perlu ditakutkan? Itu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang penerima vaksin COVID-19 berusia 75 tahun ketika ditemui Astro AWANI.