awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat spa, refleksologi di Sarawak dibenar beroperasi semula

Bernama
Bernama
06/12/2020
14:38 MYT
Pusat spa, refleksologi di Sarawak dibenar beroperasi semula
Pusat SPA, refleksologi dan seumpamanya di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai esok dengan memenuhi syarat yang ditetapkan JPBN Sarawak. - Gambar hiasan
KUCHING:Pusat spa, refleksologi dan seumpamanya di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai esok dengan memenuhi syarat yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBNS dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa setiap premis perlu memohon kelulusan bertulis daripada jawatankuasa pengurusan bencana bahagian di Pejabat Residen Bahagian berhampiran dan mengemukakan salinan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta lokasi premis sebelum beroperasi.
Sementara itu, PBT dan agensi berkaitan akan membuat pemeriksaan untuk memastikan premis tersebut mematuhi garis panduan yang ditetapkan termasuk beroperasi hanya antara 10 pagi dan 12 tengah malam.
Kenyataan JPBNS juga menyebut pengusaha dan semua pekerja premis terbabit dikehendaki menjalani ujian RT-PCR sebelum dibenarkan bekerja dan keputusan hendaklah negatif serta tidak melebihi tiga hari sebelum beroperasi.
Senarai pekerja yang telah menjalani ujian perlu dipaparkan di premis berkaitan dan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci boleh diperoleh daripada majlis kerajaan tempatan berhampiran lokasi premis tersebut beroperasi.
Jawatankuasa itu juga memutuskan bahawa kebenaran permit polis untuk masuk ke Sarawak tidak lagi diperlukan dan berkuat kuasa esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat spa
#refleksologi
#JPBN Sarawak
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#SOP
#PKPB
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan