KUALA LUMPUR: Pusat refleksologi, spa, pusat urut, pusat kesihatan (wellness), perkhidmatan pedicure dan manicure adalah antara premis yang dibenarkan beroperasi semula bagi merancakkan kembali industri pelancongan di negara ini.
Ia adalah susulan keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti-aktiviti pelancongan bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan 50 peratus kapasiti premis, sementara bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula ia adalah mengikut keluasan sesebuah premis.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua aktiviti pelancongan dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam mengikut syarat lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mana lebih awal.
"Kalau katakan PBT dalam lesen menetapkan 2 pagi atau 3 pagi, kita hadkan pukul 12 tengah malam.
"Sebaliknya sekiranya, PBT meletakkan waktu operasi sehingga pukul 10 malam, maka premis itu perlu mematuhi arahan PBT, yang mana lebih awal. Kalau tidak tindakan boleh diambil," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menambah, produk tarikan pelancong awam seperti zoo, 'farms', akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi serta taman ekstrem, taman 'adventure' 'nature parks' dan lain-lain juga dibenarkan.
"Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain juga boleh beroperasi. Taman tema dan pusat hiburan keluarga juga dibuka.
Katanya, lain-lain aktiviti pelancongan dan kebudayaan adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) PKPB bagi sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada yang sedang berkuat kuasa.
Dalam pada itu, penganjuran kejohanan dan pertandingan sukan tempatan serta antarabangsa katanya, perlu melalui kelulusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Bagaimanapun, kerajaan juga sudah membenarkan beberapa aktiviti sukan dan rekreasi individu dan berpasukan.
"Aktiviti sukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan, perlawanan dan penganjuran kejohanan, pertandingan tempatan perlu diadakan tanpa penyokong atau penonton," jelasnya.
Beliau berkata, mereka boleh menyemak maklumat lanjut sektor sukan dengan merujuk laman web Majlis Keselamatan Negara atau KBS sendiri.
Umavathi Ramayah
Tue Mar 02 2021

Semua aktiviti pelancongan dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam mengikut syarat lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mana lebih awal. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Pengunjung bazar Ramadan diingat patuh SOP | PAGE desak sistem pendidikan negara dirombak

Kedai perabot di Semanggol musnah terbakar
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

115 kuil, tokong di Kuala Lumpur didirikan secara tidak sah
Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti.

COVID-19: Kes positif global lebih 137.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Bas terbakar dirempuh lori tangki, 20 maut
Bas yang dalam perjalanan dari Kaherah itu dilaporkan terbalik ketika cuba memotong sebuah lori sebelum dilanggar sebuah trak.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Reezal Merican yakin lebih ramai layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Seramai 23 atlet di bawah Program RTT 2020 kini dalam usaha memburu slot di temasya Sukan Olimpik menerusi proses kelayakan, yang masih berlangsung sehingga Jun.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow
Orang ramai digesa agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan.

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Reezal Merican ketuai atlet, pegawai sukan terima suntikan vaksin COVID-19
Reezal Merican menerima suntikan vaksin berkenaan pada pukul 10.29 pagi.

264 atlet, pegawai ke Olimpik dan Paralimpik Tokyo terima vaksin hari ini
Suntikan vaksin berkenaan akan dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras.

Langgar SOP: KBS dapatkan penjelasan penganjur, SIC dan Pesuruhjaya Sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan bersama pihak penganjur sukan permotoran, pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta Pesuruhjaya Sukan minggu hadapan.

Olimpik Tokyo: 264 atlet, pegawai terima vaksin 13 April
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau bersama 264 atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa berkenaan akan diberikan suntikan vaksin pada tarikh tersebut.

SIC harap MotoGP Malaysia dibenarkan Oktober depan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menaruh harapan tinggi Kejuaraan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia dijadual berlangsung pada Oktober depan dapat dianjurkan selepas pembatalan perlumbaan itu musim lepas

VSN 2030: Peluang memartabatkan pendemokrasian sukan
Kanvas VSN2030 terbuka untuk semua. Siapa dan apa sahaja latar belakang, idea dan harapan rakyat amat bernilai buat pihak KBS.

Undi 18: Lebih 200 peserta berhimpun aman, 'bersila' atas jalan selama 18 minit
Kumpulan tersebut yang bergerak dari Padang Merbok turut mengadakan bantahan dengan duduk di atas jalan raya selama 18 minit.

Kejohanan sukan di stadium dibenarkan dengan kehadiran penonton mulai 1 April ini - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju untuk mebenarkan kejohanan sukan dengan kehadiran penonton di stadium bermula 1 April ini.

Belia dipelawa sertai MyVAC bantu laksana program PICK - Reezal Merican
MyVAC merupakan inisiatif pendekatan menyeluruh kerajaan dan masyarakat atau "Whole-of-Society Approaches".