awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puspakom umum kenaikan caj perkhidmatan bergerak

Bernama
Bernama
28/03/2025
07:15 MYT
Puspakom umum kenaikan caj perkhidmatan bergerak
Mahmood Razak Bahman berkata pindaan itu dilakukan selepas mengambil kira keperluan untuk menyelaraskan caj perkhidmatan dengan struktur kos terkini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) hari ini mengumumkan pindaan kepada caj perkhidmatan bergerak melibatkan perkhidmatan trak bergerak (MTS) dan van bergerak (MVS) bermula 1 April ini.

Ringkasan AI
  • Puspakom mengumumkan pindaan caj perkhidmatan bergerak untuk trak bergerak (MTS) dan van bergerak (MVS) bermula 1 April, dengan caj baharu masing-masing RM3,300 dan RM120.
  • Pindaan caj dilakukan untuk menyelaraskan dengan struktur kos terkini dan memastikan kelestarian perkhidmatan bergerak Puspakom.
  • Fi pemeriksaan kenderaan di cawangan Puspakom kekal tidak berubah, walaupun terdapat peningkatan caj perkhidmatan bergerak.

Caj baharu untuk MTS ditetapkan pada RM3,300 berbanding kadar semasa RM3,000, manakala caj bagi MVS dinaikkan kepada RM120 daripada RM100.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata pindaan itu dilakukan selepas mengambil kira keperluan untuk menyelaraskan caj perkhidmatan dengan struktur kos terkini.
"Pindaan kadar caj ini dibuat selepas kajian menyeluruh bagi memastikan kelestarian perkhidmatan bergerak Puspakom dapat diteruskan demi manfaat pelanggan.
"Pelanggan yang membawa kenderaan mereka ke cawangan Puspakom tidak akan terkesan dengan perubahan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mahmood turut memaklumkan bahawa fi pemeriksaan kenderaan kekal tidak berubah, walaupun perubahan ini dilaksanakan bagi menyesuaikan kos operasi perkhidmatan bergerak Puspakom.
Beliau menjelaskan bahawa kali terakhir semakan harga caj perkhidmatan dilakukan adalah pada 2007, meskipun Indeks Harga Pengguna (CPI) menunjukkan peningkatan setiap tahun.
MTS menyediakan perkhidmatan pemeriksaan untuk syarikat yang memiliki jumlah kenderaan besar seperti operator kenderaan perdagangan, syarikat penghantaran barang, sekolah memandu, dan pengedar kenderaan.
MVS pula menawarkan perkhidmatan pemeriksaan bagi kenderaan persendirian, termasuk untuk urusan tukar hak milik, cukai jalan tamat tempoh, dan pendaftaran kenderaan import.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Puspakom
#kenaikan harga
#caj perkhidmatan bergerak
#Mahmood Razak Bahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan