awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Andrew positif COVID-19, terlepas Jubli Platinum Ratu Elizabeth II

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2022
02:00 MYT
Putera Andrew positif COVID-19, terlepas Jubli Platinum Ratu Elizabeth II
Putera Britain, Andrew telah diuji positif COVID-19 dan akan terlepas upacara Jubli Platinum yang diadakan untuk Ratu Elizabeth II pada Jumaat. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Putera Britain, Andrew telah diuji positif COVID-19 dan akan terlepas upacara Jubli Platinum yang diadakan untuk Ratu Elizabeth pada Jumaat.
Satu upacara kesyukuran akan diadakan buat Ratu Elizabeth II menandakan 70 tahun baginda di atas takhta.
Menurut jurucakap Istana Buckingham, Andrew telah didapati positif COVID-19 dan tidak akan menghadiri upacara kesyukuran yang dijadualkan hari ini.
Andrew, anak kedua Ratu Elizabeth, terpaksa berhenti daripada tugas diraja kerana persahabatannya dengan pesalah seks Jeffrey Epstein yang telah disabitkan bersalah dan menyelesaikan tuntutan mahkamah Amerika Syarikat pada Februari di mana dia telah dituduh mendera seorang wanita secara seksual ketika dia di bawah umur.
Andrew, 62, secara rasmi dikenali sebagai Duke of York, menafikan sebarang salah laku.
Sumber istana berkata, Andrew telah melawat Ratu Elizabeth II yang berusia 96 tahun itu dalam beberapa hari kebelakangan ini tetapi telah menjalani ujian saringan secara berkala.
Dia tidak melihat Ratu Elizabeth II sejak dia didapati positif COVID-19.
Kedudukan Andrew telah merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dia dijangka mengambil sikap rendah diri semasa empat hari perayaan kebangsaan.
Terdapat kritikan meluas selepas dia menemani ibunya ke upacara memperingati mendiang suaminya, Putera Philip, pada Mac, walaupun Ketua Biskop Canterbury berkata minggu ini Andrew berusaha untuk "menebus kesalahan".
Topic Berkaitan
#ujian saringan
#Andrew
#Ratu Elizabeth
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan