LONDON: Putera Harry kalah dalam usahanya untuk mencabar kerajaan United Kingdom (UK) berhubung kawalan keselamatannya ketika berada di negara itu.
Menurut keputusan yang diterbitkan pada Selasa, Harry dan isterinya, Meghan Markle kehilangan perlindungan keselamatan yang dibayar pembayar cukai UK susulan pengundurannya daripada tugas-tugas diraja pada tahun 2020 dan berpindah ke Amerika Utara.
Pasangan itu mempunyai pasukan keselamatan peribadi mereka sendiri di Amerika Syarikat (AS), namun, Harry berkata, mereka tidak mempunyai bidang kuasa yang mencukupi atau akses kepada perisikan UK untuk memastikan keluarganya selamat ketika berada di UK.
Putera Harry yang juga dikenali dengan panggilan rasmi Duke of Sussex meminta semakan undang-undang terhadap keputusan yang menolak kebenarannya untuk membayar sendiri keselamatan UK.
Peguam bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhujah bahawa adalah 'tidak wajar' bagi orang kaya untuk 'membeli' keselamatan perlindungan apabila ia memutuskan bahawa ianya bukan untuk kepentingan awam untuk perlindungan sedemikian dibayar oleh pembayar cukai.
Polis Metropolitan London juga menentang tawaran Harry atas alasan bahawa adalah salah untuk 'menempatkan pegawai dalam bahaya apabila dibayar yuran oleh individu persendirian'.
Dalam keputusan itu, Hakim Mahkamah Tinggi London, Martin Chamberlain menyokong keputusan KDN dan polis serta menolak kebenaran Harry untuk mencabarnya di mahkamah.
"Saya menolak kebenaran untuk memohon semakan kehakiman," katanya dalam penghakiman bertulis.
Harry juga terbabit dalam perbicaraan berasingan di mahkamah yang sama terhadap penerbit tabloid Mirror Group Newspapers (MGN) atas dakwaan pengumpulan maklumat yang menyalahi undang-undang.
Putera diraja itu dijangka memberi keterangan pada perbicaraan itu pada Jun. - AFP
Agensi
Tue May 23 2023
Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle kehilangan perlindungan keselamatan yang dibayar pembayar cukai UK susulan pengundurannya daripada tugas-tugas diraja pada tahun 2020 dan berpindah ke Amerika Utara. - Gambar fail AP
Dia meninggal di bahu saya - Isteri reda pemergian Pyanhabib
Kata ibu kepada dua anak itu, suaminya memberi petanda sejak tiga hari lalu selepas memberitahu penglihatannya sudah tidak jelas.
Allahyarham Pyanhabib selamat dikebumikan
Jenazah pelakon, penyair dan seniman Allahyarham Pyanhabib atau lebih dikenali sebagai Mohd Supyan Abdul Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat, KL sekitar jam 11 pagi tadi.
Pantau Belanjawan: Cukai jalan EV lebih murah, pacu peralihan tenaga
Kadar baharu fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik, berkuat kuasa 1 Januari 2026 adalah 85% lebih rendah berbanding kadar sedia ada.
Bagaimana untuk memastikan keberkesanannya bagi menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap serta memacu pendapatan kerajaan dengan kadar fi yang akan disemak semula setiap lima tahun sekali?
Kupasan lanjut bersama Penganalisis Industri Automotif, Hezeri Samsuri.
Bagaimana untuk memastikan keberkesanannya bagi menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap serta memacu pendapatan kerajaan dengan kadar fi yang akan disemak semula setiap lima tahun sekali?
Kupasan lanjut bersama Penganalisis Industri Automotif, Hezeri Samsuri.
Takziah: Mengenang Allahyarham Pyanhabib
Prof. Madya Dr. Norhayati Ab Rahman, Pensyarah Kanan, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya & Timbalan Presiden PEMUISI.
Hidap kanser paru-paru, pelakon Kamal Bakar ditidurkan di ICU
Hanis berkata bapanya mula menunjukkan perubahan pada petang Isnin apabila hanya mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap.
Bekas isteri kenalkan, Rupert Murdoch kahwin kali ke-5 pada usia senja
Elena merupakan seorang sosialitas Rusia yang juga merupakan mantan isteri bekas ahli politik, Alexander Zhukov.
Pemergian Pyanhabib mengejutkan - anak
Anak Allahyarham pelakon dan penyair versatil tanah air, Mohd Supyan Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, Najihah Mohd Supyan mengakui masih terkejut dengan pemergian bapa, kerana Allahyarham tidak pernah berdepan dengan sebarang penyakit kronik.
ISWC 2024: Kemudahan rangka kerja persaraan holistik
Nomura Asset Management dan CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd selaku penaja platinum bagi ISWC 2024 berkongsi produk dan perkhidmatan mereka seiring Malaysia yang menuju sebagai negara tua.
Corning Gorilla Glass 7i dilancar untuk peranti mampu milik
Solusi baharu ini direka khusus bagi peranti kelas pertengahan berpatutan dengan kadar ketahanan jatuh yang lebih baik berbanding pesaing.
AWANI Ringkas: Mesej PM kepada Pesuruhjaya PBB Hak Manusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanser dihidapi Raja Charles mampu satukan keluarga diraja British - Putera Harry
"Ujian dan kesakitan ini membawa kepada penyatuan keluarga," kata Putera Harry.
Putera Harry kembali ke UK untuk berada di sisi Raja Charles III
Kepulangan Harry untuk bersama ayahandanya disifatkan situasi yang jarang berlaku di tengah-tengah keretakan keluarga diraja British itu.
Putera Harry kalah dalam usaha cabar kerajaan UK dapatkan kawalan keselamatan
Harry, isteri hilang perlindungan keselamatan di UK susulan pengundurannya daripada tugas-tugas diraja.
Paparazi pertikai kenyataan Meghan, Harry tentang 'hampir terbabit kemalangan'
Paparazzi di tempat kejadian mempertikaikan kenyataan akaun media sosial milik Putera Harry dan isterinya Meghan yang menyatakan mereka "hampir kemalangan" akibat dikejar paparazi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Harry, Meghan diburu paparazi, hampir kemalangan dalam kejadian 'kejar-mengejar'
Pasangan itu dikejar dengan kereta sehingga hampir membawa bencana di tangan sekumpulan paparazi yang sangat agresif di New York.
Putera Harry tidak muncul di balkoni istana selepas majlis istiadat pertabalan bapa
Putera Harry yang merupakan putera bongsu Raja Charles III dilihat menghadiri istiadat pertabalan bapanya di Westminster Abbey pada Sabtu.
Putera Harry bakal hadir istiadat pertabalan Raja Charles III seorang diri
Putera Harry dilaporkan bakal menghadiri upacara pertabalan Raja Charles III pada bulan hadapan seorang diri tanpa kehadiran isterinya, Meghan Markle.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Putera Harry, Meghan diminta kosongkan kediaman di Istana Britain
Putera Harry dan Meghan diminta kosongkan kediaman di Istana Britain