Skip to main content

Malaysia

Putrajaya bermandikan cahaya sempena acara Magic of the Night 2013

41372636772_295x200.jpg
Pesisiran Tasik Putrajaya di Putrajaya bermandikan limpahan cahaya malam tadi sempena acara Magic Of The Night 2013.

Sebanyak 14 buah bot yang dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna, menjadi tontonan ribuan pengunjung.

Bertemakan colours of harmony, penganjuran kali ketiga itu menyaksikan perarakan bot berhias sejauh tiga kilometer.

Bot dari Perbadanan Putrajaya dinobat bot terbaik keseluruhan, diikuti dengan bot dari Sabah.

Bot dari Terengganu pula memenangi bot lampu terbaik manakala bot dari Johor memenangi anugerah bot paling popular.

Majlis penutup Magic Of The Night disempurnakan oleh Menteri Wilayah Rersekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Acara turut dimeriahkan dengan tarian tradisional dan nyanyian dari penyanyi terkenal Shafinaz.

Bagi orang ramai yang teruja dengan acara tersebut  mereka mengharapkan penganjuran seperti ini lebih kerap di adakan.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.

Advertisement

Must Watch Video