awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putrajaya sangkal dakwaan tarif 47 peratus ke atas import AS, utamakan kepentingan Malaysia

Pia Ernadya
Pia Ernadya
04/04/2025
14:55 MYT
Putrajaya sangkal dakwaan tarif 47 peratus ke atas import AS, utamakan kepentingan Malaysia
Kerajaan MADANI menyangkal dakwaan pihak berkuasa AS bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import AS ke negara ini. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Kerajaan menolak dakwaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif 47 peratus ke atas import AS ke negara ini.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga berpandangan langkah tarif timbal balik AS ke atas Malaysia sebanyak 24 peratus adalah bertentangan dengan prinsip perdagangan bebas dan adil oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Tambah MITI, impak ekonomi daripada langkah tarif AS yang terkini masih dinilai.
"Walaupun unjuran awal kita adalah berasaskan pandangan yang berhati-hati namun skop dan tahap keterukan daripada tarif ini telah melebihi andaian paling konservatif. Oleh itu, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus kini sedang dikaji semula," menurut MITI dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kementerian itu memaklumkan, kesan tepat dijangka ketara dan akan lebih jelas apabila maklumat lanjut mengenai garis masa pelaksanaan, kadar tarif, liputan produk (termasuk pengecualian), dan hasil rundingan perdagangan diperoleh.
"Kerajaan MADANI kekal tegas dengan pendirian bahawa tarif timbal balik tidak selari dengan prinsip perdagangan bebas dan saksama seperti yang digariskan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang turut dianggotai oleh 164 negara, termasuk Amerika Syarikat.
"Dalam semangat untuk mengekalkan hubungan dagangan yang positif dan progresif dengan semua rakan dagang, Kerajaan MADANI akan terus berunding dengan pihak Amerika Syarikat bagi mencari penyelesaian yang adil dan dapat diterima bersama berkaitan isu tarif timbal balik ini," jelas MITI.
Susulan itu, MITI juga berkata, pelbagai langkah utama sudahpun dibincangkan bagi menghadapi cabaran tarif berkenaan.
"Ia termasuk memperkukuh rantaian bekalan negara serta mempelbagaikan kepentingan perdagangan dan pelaburan serta libat urus strategik berprofil tinggi dengan Amerika Syarikat akan diteruskan melalui Trade and Investment Framework Agreement (TIFA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat," ujarnya.
Manakala di peringkat ASEAN pula, Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada 10 April 2025.
"Mesyuarat itu dijangka akan membincangkan implikasi lebih luas langkah tarif Amerika Syarikat ke atas aliran perdagangan dan pelaburan serantau; kestabilan makroekonomi; dan respons bersepadu ASEAN untuk mempertahankan kepentingan ekonomi rantau," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#tarif AS
#Malaysia
#sangkal dakwaan
#tarif timbal balas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan