awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas-Petros secara rundingan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
09/05/2025
15:42 MYT
Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas-Petros secara rundingan
Perkara itu diputuskan dalam pertemuan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat. - Foto PMO
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan segala isu berkaitan Petronas dan Petros secara rundingan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyelesaikan semua isu berkaitan Petronas dan Petros secara rundingan.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memuktamadkan prinsip asas dalam masa terdekat bagi memudahkan rundingan antara kedua-dua syarikat.
  • Kerjasama ini penting bagi memastikan potensi tenaga dapat dimanfaatkan sepenuhnya, termasuk mempercepat pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN.

Perkara itu diputuskan dalam pertemuan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pertemuan yang turut disertai kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros itu berlangsung dalam suasana harmoni berteraskan semangat Persekutuan.
“Dalam pertemuan ini, Perdana Menteri dan Premier Sarawak telah bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros.
“Langkah ini penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan.
“Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN,” kata kenyataan itu.
Kedua-dua pihak juga mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit melalui rundingan.
Topic Berkaitan
#Petronas
#Petros
#Anwar Ibrahim
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan