Putuskan cepat siapa Ketua Menteri, kalau tidak, ada yang 'lompat parti' - Penganalisis
Rahimah Abdullah
September 26, 2020 23:00 MYT
September 26, 2020 23:00 MYT
Pelantikan Ketua Menteri Sabah perlu dilakukan secepat mungkin bagi memastikan tiada wakil rakyat yang menjadikan alasan lambat memilih untuk mereka 'lompat parti'.
Menurut Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Rahezzal Syah Abdul Karim, pelantikan jawatan nombor satu di Sabah itu tidak sepatutnya dilengah-lengahkan demi kepentingan rakyat negeri berkenaan.
"Saya cuma nak cakap, dalam Sabah apa sahaja boleh jadi. Apabila kata rundingan berasingan, mungkin sebab tak nak pergaduhan, jadi mereka selesaikan di parti masing-masing.
"Pelantikan ini kena dilakukan secepat mungkin. Makin lama, ada individu guna ini untuk alasan beralih. Wakil-wakil rakyat ini akan guna macam-macam alasan (untuk lompat parti)," katanya dalam program Sabah Memilih di Saluran Astro AWANI 501 pada Sabtu.
Tegasnya, tiada alasan lagi untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencari alasan dengan mengambil masa yang lama untuk membentuk kerajaan baharu.
"Tidak ada alasan bagi GRS untuk menubuhkan kerajaan secepat mungkin. Tumpuan sekarang adalah COVID, COVID, COVID,ekonomi, ekonomi , ekonomi.
"Lebih lama mereka memanjangkan proses untuk melantik Ketua Menteri, maka rakyat sudah pandai marah sudah.
"Jadi proses ini perlu dilakukan secepat mungkin dan lakukan yang terbaik. Ingat, kayu pengukur pengundi bukan lagi lima tahun. Harapan pengundi itu tinggi," ujarnya lagi.
#Astro
#Astro Awani
#Ketua Menteri
#lengah
#lompat parti
#pelantikan
#PRN Sabah
#Rahezzal Syah Abdul Karim
#rundingan
#Sabah
#Sabah Memilih
#wakil rakyat