awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Biar ADUN Sabah tentukan siapa jadi Ketua Menteri - Zahid Hamidi

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2020
15:53 MYT
PRN Sabah: Biar ADUN Sabah tentukan siapa jadi Ketua Menteri - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, berdasarkan kelaziman, calon daripada parti yang mempunyai kerusi paling banyak akan diangkat menjadi ketua menteri. - Gambar fail
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan sepenuhnya kepada ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menentukan calon ketua menteri.
Menerusi sidang media secara maya yang disiarkan di Facebooknya malam ini, ahli Parlimen Bagan Datuk itu meminta parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melakukan rundingan secara baik.
Begitupun, katanya berdasarkan kelaziman, calon daripada parti yang mempunyai kerusi paling banyak akan diangkat menjadi ketua menteri.
"Biar orang Sabah tentukan ketua menteri tanpa ada telunjuk yang menunjukkan siapa orang itu sama ada dari Kuala Lumpur atau Putrajaya," katanya.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin terdahulu dilaporkan berkata, calon Ketua Menteri Sabah belum ditentukan buat masa ini dan perkara itu akan dibincangkan secepat mungkin.
“Kita akan berbincang secepat mungkin (mengenai calon Ketua Menteri Sabah)," katanya di sini, selepas mengumumkan kemenangan GRS berdasarkan keputusan tidak rasmi di Ibu Pejabat UMNO Sabah di sini, pada Sabtu malam.
Mengulas kemungkinan wujud sebarang isu bagi menentukan calon ketua menteri, kata Bung Moktar, masalah berkenaan boleh timbul jika ia sengaja dicari.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Astro Awani
#Barisan Nasional
#BN
#calon
#GRS
#kerajaan
#Ketua Menteri
#Kuala Lumpur
#Media
#menteri
#Parlimen
#PN
#presiden
#PRN Sabah
#Putrajaya
#rakyat
#Sabah Memilih
#UMNO
#Warisan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan