awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qabil Ambak tidak dibenar masuk Eropah, impian ke Tokyo 2020 mungkin terkubur

Bernama
Bernama
29/10/2019
09:03 MYT
Qabil Ambak tidak dibenar masuk Eropah, impian ke Tokyo 2020 mungkin terkubur
Qabil Ambak tidak dibenarkan masuk ke negara Eropah sejak akhir Ogos lepas ekoran isu berkaitan peraturan imigresen. - Gambar BERNAMA
Impian jaguh ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil untuk beraksi di Sukan Olimpik buat julung kalinya mungkin terkubur apabila beliau kini tidak dibenarkan masuk ke negara Eropah.
Qabil Ambak, 39, menjelaskan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara Eropah sejak akhir Ogos lepas ekoran isu berkaitan peraturan imigresen.
"Tanpa disedari saya telah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, lebih kurang 20 hari dan dihantar pulang oleh pihak berkuasa Denmark ke Malaysia pada akhir Ogos," katanya pada sidang media hari ini.
Kedudukannya dalam kelompok tiga terbaik Asia, sedikit sebanyak memberi sinar buat Malaysia menghantar wakil buat kali pertama dalam sukan ekuestrian ke Sukan Olimpik, di mana dua ekuin terbaik Asia layak ke Tokyo 2020.
Qabil Ambak, yang mengumpul 748 mata dalam acara dressage, kini berada di belakang penunggang dari New Zealand, Wendi Williamson (776) dan Hwang Young-Shik dari Korea Selatan (773).
Ekoran isu itu, Qabil Ambak hanya sempat menyertai 10 kejohanan kelayakan dan tidak berpeluang menyertai enam baki perlawanan kelayakan di Eropah yang akan berakhir pada Disember, sekali gus memberi kesan kehilangan mata buatnya.
Lebih malang, apabila kuda baka Jerman miliknya, Delatio yang menelan belanja keseluruhan lebih satu juta Euro (lebih kurang RM4.64 juta) itu masih berada di Denmark.
"Masa untuk kelayakan ke Tokyo 2020 semakin suntuk. Saya risau tidak sempat, tambahan pula jurang mata antara penungang terbaik tidak begitu jauh berbeza. Ini peluang saya untuk harumkan nama Malaysia. Saya perlu sekurang-kurangnya empat perlawanan kelayakan sahaja lagi," katanya.
Qabil Ambak, yang kelihatan sangat kecewa dengan masalah itu berkata, beliau sedang berusaha mendapatkan bantuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Luar, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Beliau juga telah ke Kedutaan Denmark di Singapura pada minggu lepas untuk membuat rayuan bagi menyelesaikan masalah itu namun sehingga kini masih belum ada kata putus mengenainya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#jaguh ekuestrian
#Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil
#Sukan Olimpik
#Tidak dibenar masuk Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan