Astro Publication
Thu Nov 13 2014
Qoros adalah sebuah syarikat kereta yang muda; diasaskan pada tahun 2007 di China, model pertamanya adala sedan Qoros 3 yang diperkenalkan di pameran kereta Geneva 2013. Dan jangan pandang ia rendah – Qoros 3 sedan ini mendapat markah yang tinggi setelah diteliti oleh pihak Euro NCAP. Bahkan, kereta tersebut diiktiraf sebagai ‘memberi persembahan terbaik untuk mana-mana kereta yang diuji oleh Euro NCAP bagi tahun 2013’. (Lihat video di akhir berita ini untuk melihat video iklan kereta tersebut)
Tetapi bagi sebuah syarikat yang begitu muda, agak memeranjatkan apabila mereka bertindak untuk menyertai pertandingan ‘People’s Choice Award’ yang diadakan serentak dengan pameran kereta Los Angeles yang bakal diadakan diantara 21 November hingga 30 November 2014.
Pertandingan ini diadakan menerusi halaman Facebook ‘LA Auto Show’ dan pemenang ditentukan menerusi jumlah ‘Like’ yang peserta perolehi.
Penyertaan Qoros adalah dengan kereta futuristik ‘Q’ dengan tema ‘Q:QorosQloud Qubed’ yang akan belajar mengenali pemandunya menerusi cara pemanduan individu itu. Sepertimana manusia mempelajari diantara satu sama lain mengenai tingkah-laku mereka, begitulah Q akan mengenali pemandunya.
Tambahan lagi, Q direka untuk mempelajari citrasa penggunanya, restoren kegemaran, muzik, arah tujuan yang biasa malah apa sahaja kegemaran si dia. Dengan maklumat yang diketahuinya, Q diharap dapat bertindak jika pemandu bagaikan tidak menumpukan perhatian, seterusnya mengambil alih tugas pemanduan.
Jika anda hendak ‘Like’ penyertaan mereka, boleh pergi ke Facebook dan cari Los Angeles Auto Show. Undian boleh dilakukan setiap hari sehingga 20 November nanti.
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
Qoros giat menaikkan status mereka
Syarikat pembuat kereta China ini baru berusia 7 tahun tetapi sudah berani bersaing dengan sesiapa pun untuk membuktikan kemampuan mereka