KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia (UM) kini menduduki tempat kelapan dalam Ranking Universiti Quacquarelli-Symonds (QS) : Asia (QS-AUR) 2022, naik satu kedudukan berbanding tahun lepas.
UM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kejayaan ini menyaksikan universiti itu memperbaiki kedudukannya berbanding tahun lepas selepas buat pertama kalinya berjaya menjadi antara 10 universiti Asia terbaik buat pertama kali sejak penganugerahan QS-AUR pada 2009.
Universiti itu secara konsistennya memperbaiki prestasinya lebih 30 tempat sejak 11 tahun lepas dan kekal sebagai universiti terbaik negara dan ketiga terbaik antara universiti ASEAN. Menurut QS, universiti itu berada antara dua peratus terbaik daripada ranking 687 universiti Asia dalam QS-AUR 2022.
"UM terbaik dalam kalangan universiti Asia untuk indikator rangkaian penyelidikan antarabangsa buat tahun ketiga berturut-turut. Antara indikator lain termasuklah UM telah memperbaiki kedudukan dalam reputasi kakitangan, reputasi akademik dan kakitangan dengan PhD.
"Perkara yang memerlukan perhatian pula termasuklah kemasukan pelajar pertukaran, pergerakan keluar pelajar pertukaran, pelajar antarabangsa, fakulti antarabangsa, petikan untuk setiap penyelidikan, fakulti- pelajar, dan jumlah kertas penyelidikan setiap fakulti," menurut kajian tersebut.
UM juga berkedudukan terbaik antara 36 universiti Malaysia yang berada dalam QS-AUR 2022 dalam reputasi akademik, reputasi pekerja, petikan untuk kertas kajian dan indikator rangkaian penyelidikan antarabangsa.
Sementara itu Naib Canselor UM Datuk Profesor Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, universiti itu kini berusaha untuk meneroka pilihan global lain untuk kerjasama penyelidikan yang akan menyumbang kepada impak global yang lebih kukuh.
"Kami merancang untuk meneroka wilayah Afrika dan Latin Amerika di mana di sana mempunyai banyak peluang untuk kerjasama penyelidikan seperti penyakit berjangkit, kemiskinan dan kajian pembangunan selain pembinaan kapasiti. Kami telahpun menubuhkan Pusat Penyelidikan Utara-Selatan UM (UMNSRC).
"UMNSRC adalah sebuah pusat memfokuskan kepada kajian perbandingan berkaitan isu ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan di seluruh dunia. Terdapat empat pusat di bawah UMNSRC, dua daripadanya ialah Pusat Pengajian Latin Amerika (CLAS) dan Rangkaian Universiti Pembangunan Afrika-Asia (AADUN)," katanya.
UM juga berbangga dengan pelantikan Datuk Prof Dr Adeeba Kamarulzaman dari Fakulti Perubatannya sebagai ahli majlis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebuah Kumpulan Penasihat Saintifik peringkat tinggi yang akan bertindak sebagai suara kepimpinan sainstifik danakan menasihatkan tentang kemajuan sains dan teknologi yang akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
Kejayaan ini menyaksikan UM memperbaiki kedudukannya berbanding tahun lepas selepas buat pertama kalinya berjaya menjadi antara 10 universiti Asia terbaik buat pertama kali sejak penganugerahan QS-AUR pada 2009. - Gambar fail
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
'Belajar di awan biru', Pusat Pendidikan Berterusan UM perkenal akses dalam kabin Malaysia Airlines
Hasil inisiatif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, kini orang ramai boleh mengakses pembelajaran di mana sahaja termasuk di dalam pesawat.
UM, mana-mana universiti tidak seharusnya laksana 'zero balance policy' - GAMIS
GAMIS menggesa pihak pentadbiran UM untuk bersikap empati kepada pelajar dan membatalkan serta-merta polisi tersebut yang jelas menganiaya pelajar.
Ruang dan peluang yang luas untuk pelajar di UM, tiada pilih kasih - Naib Canselor
Pihak UM seringkali cuba merapatkan jurang perbezaan dalam membentuk persetujuan bersama dalam semua aspek.
Penganalisis politik Prof Hamidin meninggal dunia
Prof Madya Hamidin Abd Hamid dilaporkan meninggal dunia pukul 4.30 petang tadi.
UM nafi dakwaan guna penyelidikan pelajar tanpa kebenaran
Laporan polis dibuat bagi menafikan dakwaan pelajar yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) dari Yaman berumur 34 tahun itu.
Debat Perdana Anwar-Najib: Dewan Sivik MBPJ atau MATIC?
Difahamkan, dua lokasi kini menjadi pertimbangan penganjur iaitu Dewan Sivik MBPJ dan Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC).
Ekosistem rumput laut semakin terancam, dugong dan dolfin turut menghilang
Rumput laut kini berdepan risiko kepupusan, jika tiada usaha memelihara dan memulihara tumbuhan itu.
Pusat Penyelidikan Dato' Panglima Kinta Eusoff UM hab penyelidikan perubatan
Kerja-kerja penyelidikan diharap dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan efisyen di pusat berkenaan.
QS-AUR 2022: UM kini lapan terbaik di Asia
Universiti Malaysia (UM) kini menduduki tempat kelapan dalam Ranking Universiti Quacquarelli-Symonds (QS) : Asia (QS-AUR) 2022, naik satu kedudukan berbanding tahun lepas.