SUBANG JAYA: Taylor’s University terus cemerlang dengan menduduki tangga ke-284 peringkat global dalam senarai siri QS World University Rankings 2023.
Kedudukan tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 48 anak tangga berbanding pencapaian tahun lalu, sekali gus menjadikan Taylor’s University sebagai universiti swasta terbaik di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut.
Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Michael Driscoll berkata, pencapaian ini meletakkan institusi itu pada satu peratus teratas daripada institusi pendidikan tinggi paling berpengaruh di dunia termasuk universiti berprestij dan elit yang mempunyai sejarah pendidikan lebih 100 tahun.
Katanya, kejayaan itu juga didorong oleh sokongan yang diterima daripada majikan dan pengurusan akademik.
“Pertamanya adalah majikan yang sangat menyokong terutamanya Pengerusi Kumpulan Pendidikan Taylor’s, Datuk Loy Teik Ngan yang sentiasa menggalakkan kami untuk berani melakukan pelbagai perkara yang menarik di kampus ini.
“Selain itu, kami juga mempunyai pasukan yang hebat. Ia terbukti sejak saya menyertai institusi ini enam tahun lalu, saya sentiasa kagum dengan kualiti ditonjolkan oleh semua kakitangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di kampus Taylor’s Lakeside, Subang Jaya, di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Driscoll menambah, pihaknya akan terus komited melahirkan graduan yang cemerlang selain mampu memenuhi kriteria majikan.
“Pengalaman dan kejayaan mereka adalah keutamaan kami.
“Tersenarai antara universiti terbaik di global dan Asia adalah bukti berterusan bahawa graduan kami akan sentiasa berada di barisan hadapan untuk memenuhi permintaan pekerjaan sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa,” jelasnya.
Sementara itu, Taylor’s University juga terus mengekalkan kedudukan terbaik di Peringkat Dunia dengan menduduki tangga ke-16 dalam senarai siri QS World University Rankings by Subject 2022 menerusi program Hospitaliti dan Pengurusan Liburan selain berada di tangga ke-97 bagi program Perniagaan dan Pengajian Pengurusan.
Ia turut menduduki tempat ke-53 di Asia dalam senarai siri QS Asia University Rankings 2022 dan ke-16 di dunia bagi penunjuk Kadar Kebolehpasaran Graduan dalam QS Graduate Employability Rankings 2022.
Ehsan A Marisah
Thu Jun 16 2022

Driscoll berkata, kejayaan itu didorong oleh sokongan yang diterima daripada majikan dan pengurusan akademik. - Foto Taylor's University

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Dua program baharu Taylor's University, mempersiapkan graduan penuhi pasaran digital
Gartner meramal sebanyak 70 peratus perusahaan khususnya sektor peruncitan bereksperimentasi dengan teknologi imersif dalam perniagaan mereka bagi manfaat kepada pengguna dan pertumbuhan perniagaan.

Pelajar timba pengalaman bidang perakaunan di Taylor's
Taylors telah menganjurkan program 'Inter-school Competition' bagi pelajar-pelajar sekolah menengah sempena Sambutan Hari Perakaunan Antarabangsa Taylors 2022 (TIAD'22) baru-baru ini.

Taylor's hargai profesion perakaunan di Malaysia
Taylors telah menganjurkan Taylors International Accounting Day 2022 (TIAD'22) buat julung kalinya sebagai menghargai jasa dan bakti profesion perakaunan.

QS-AUR 2023 : Taylor's University tempat ke-49 terbaik di Asia
Taylor's University terus cemerlang dengan menduduki tangga ke- 49 peringkat Asia dalam senarai siri QS Asia University Rankings 2023.

Taylor's University labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor's University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi.

Taylor's University lancar Projek BacaBaca, sasar bantu komuniti B40
Selain keupayaan kemahiran membaca, inisiatif itu sekali gus meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan berkomunikasi.

Graduan merentasi pelbagai disiplin ilmu penuhi keperluan alam pekerjaan
Pandemik COVID-19 menimbulkan kesedaran dalam melahirkan graduan serba boleh di samping mengikut perubahan teknologi dan globalisasi.

QS-WUR 2023: Taylor's University terus cemerlang, naik 48 anak tangga
Ia menjadikan Taylor's University sebagai universiti swasta terbaik di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut.

Literasi digital dan pendidikan golongan B40 tidak terabai
Makmal komputer itu turut dilengkapi peranti pembelajaran DuckiePi yang dibangunkan para pelajar di bawah projek Taylor's Me.reka Makerspace (TMM) melalui ekosistem Taylorsphere.

Taylor's University terus cemerlang, tangga ke-53 terbaik di Asia
Kedudukan tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 36 anak tangga berbanding pencapaian tahun lalu, menjadikan Taylors University sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.